Sabah. Dalam saat genting menjelang pilihan raya negeri Sabah akhir Oktober ini, kebanyakan pengundi Sabah masih keliru antara parti Sabahan dengan parti Malaya yang telah dipimpin oleh warga Sabah puluhan tahun lalu.
Dalam laporan terkini BN dan PH telah mendedahkan pakatan mereka menghadapi PRN Sabah sudah dimeterai bersama, namun ada juga pengumuman Barisan Gabungan Rakyat Sabah terus menjalinkan kerjasama dengan PH, walaupun sudah diputuskan BN dan PH sudah memeterai permaufakatan mereka.
Sebelum ini ramai pemimpin parti politik Sabahan mencanangkan tidak mahu berkerjasama dengan parti Malaya dalam PRN Sabah kali ke 17 dalam siaran Media Tempatan, sebaliknya ada juga pemimpin mereka dalam Gabungan Rakyat Sabah terus mengumumkan mahu berkerjasama dengan Pakatan Harapan yang kini bersama dengan BN.
Pengundi Sabah yang ditemui mengakui keliru dengan pergolakan politik Sabah sekejap kata lain sekejap kata berubah namun hakikatnya sangat mengelirukan, bagi pemimpin BN Sabah mereka nekad tidak muda menerima kerjasama dengan GRS malah membayangkan bakal bertembung dengan GRS dibeberapa kerusi kelak.
Parti Warisan Sabah dan PKDM masing masing bakal bertanding SOLO dalam pilihan raya negeri kali ke 17 yang dijangka berakhir penggal pada bulan November ini, jika tidak menentu pendirian Gabungan Rakyat Sabah yang mahu kerjasama dengan PH rakyat Sabah bakal memilih sendiri halatuju sokongan undi mereka sendiri yang jelas kekal rashia.
BN Sabah dilapor tidak berkerjasama GRS, demikian juga Warisan dan PKDM yang bertanding secara SOLO kemana halatuju sokongan pengundi Sabah dalam PRN Sabaj kelak?, terlalu sukar melakukan ramalan masa kini namun jelas pengundi rakyat Sabah sudah berbulan lamanya melihat politik Sabahan semakin panas bagai belum ada pemutus nya hingga kini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan