Kota Kinabalu. Pertambahan pengemis jalanan semakin menakutkan sekitar bandar dan pekan dalam negeri ini.
Saban hari mereka berkeliaran tanpa mengira jantina dengan membawa kanak kanak kecil sebagai meraih simpati orang yang tidak mengenali tingkah laku kumpulan terlibat.
Majoriti pengemis berkenaan tidak mampu berbahasa Melayu entah dari mana asal mereka namun bebas bergerak kemana sahaja halatuju kaki mereka.
Ini persoalan yang dihujahkan beberapa warga yang sedih dan keciwa melihat pertambahan pengemis tanpa dihiraukan penduduk Sabah yang menonton mereka.
Kru Media Terkini Borneo yang menerima hujahan orang keciwa Sabah terkejut bila tinjauan dilakukan benar benar berlaku.
Malah ada juga peminta sedekah ini cuba menghulur tangan meminta wang semasa Media Terkini membuat tinjauan beberapa hari yang lepas.
Persoalan nya siapa kah golongan yang melindungi pengemis tidak tahu berbahasa Melayu ini sehingga mereka kian bertambah setiap bulan entah dimana perumahan atau kampung mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan