Sabtu, 12 Julai 2025

MENGAPA SEMUA INI TERJADI?

Oleh. Gifkir Aming dan Aki Nabalu

Kundasang. Adakah semua tragedi yang berlaku di Gunung Kinabalu sekadar menjadi tontonan dunia setiap tahun.

       Antara persoalan 
yang menarik perhatian golongan pendaki  Gunung Kinabalu dari dalam dan luar negara.

      Gunung Kinabalu dilaporkan memiliki penjaga yang cukup beradab mengikut kepercayaan warga tempatan sejak ratusan tahun dahulu, malah semua warga dahulu mendaki Gunung tersebut perlu memiliki pegangan Adat yang tinggi sebagai mengelak kemarahan penunggu setempat. 

       Namun semua generasi masa kini mungkin tidak mengenali adab dan pantang larang sepanjang masa berada dipersekitaran gunung Kinabalu, mungkin sebilangan orang muda mudi masa kini tidak suka mendengar peradaban serta pantang larang dahulu dipersekitaran gunung tersebut. 

        Sebaliknya masa kini apabila berlaku sesuatu keganjilan sekitar Gunung Kinabalu baru wargatua tempatan percaya mungkin terdapat perlanggaran adab dan pantang larang sekitar gunung Kinabalu tanpa disedari. 

       Antara tragedi terbaru yang berlaku diatas Gunung Kinabalu adalah banjir hampir kemuncak gunung tersebut, mujur lah tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan walau ramai yang sering mendaki gunung tersebut.

        Apapun penjagaan peradaban serta perbuatan setiap mendaki Gunung Kinabalu perlu dipatuhi jika mahu terhindar dari segala musibah tidak dijangka, kelalaian yang disengajakan mampu memberi kemarahan terhadap penjaga gunung tersebut walau golongan pesalah sama sekali tidak menduga ujar orang tempatan.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan