Selasa, 31 Disember 2024

SARA HIDUP TINGGI MUNGKIN DORONG PELACURAN

(Kedua Dua Gambar Siaran Sekadar Hiasan) 

Oleh. Norzaitie Kirwan

Kuala Lumpur. Isu ramai wanita melacurkan diri diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah wajar kajian punca ianya berlaku sepanjang tahun. 

  Antara pandangan

wargakota sebagai mengimbas pelbagai tangkapan pihak berkuasa yang terkait persundalan sepanjang tahun tanpa henti diseluruh negara.

      Kebanyakan wargakota mendedahkan jika gaji RM1,800.00 dipusat bandar dengan menyewa rumah kediaman pasti kebulur tanpa nafkah makan keluarga, golongan wanita bergelar Isteri yang sayangkan suami pasti bertindak diluar batasan demi makanan anak anak setiap hari sehingga terjebak kepada persundalan.

         Selain kos  permakanan satu lagi masaalah adalah persekolahan anak anak pasti membelenggu keluarga miskin apa tak lagi Sarawak dan Sabah kos sara hidup terlalu tinggi, ramai rakyat Malaysia mencadangkan kerajaan Madani mahupun setiap kerajaan negeri memberi satu bantuan khas bulanan dikalangan berpendapatan kebawah RM1,800 sebulan ujar mereka.
           
         Sebagai contoh Sijil Amanah Rakyat Sabah dahulu boleh dilakukan oleh kerajaan Madani dengan kemasukan wang dalam Bank penerima setiap bulan umpama RM200.00, bagi kerajaan setiap negeri boleh memberi  dalam bentuk yang sama RM150.00 sebulan juga memasuki kedalam bank akaun penerima setiap bulan bagi meringankan beban jelas orang ramai.

        Dengan adanya inisiatif kerajaan Madani membantu rakyat Malaysia serta setiap kerajaan negeri tanpa ada pilih kasih rasanya perlakuan persundalan boleh dikurangkan atau dihentikan, ramai juga warga Sarawak dan Sabah yang dihubungi turut mengakui terlalu tinggi kos sara hidup dinegeri mereka namun memohon bantuan E. Kasih gaji bawah RM1,300 pun tidak layak diluluskan tiap bulan jelas mereka.

         Adalah menjadi harapan semua rakyat Malaysia ditahun 2025 kerajaan Madani Pusat dan setiap kerajaan negeri menyediakan bantuan bulanan warga miskin berkahwin tanpa pilih kasih secara serentak tegas mereka, sasaran utama adalah bergaji atau berpendapatan kurang daripada RM1,800 sebulan diseluruh negara  apa tak lagi Sarawak dan Sabah wajar diberi keutamaan demi kelangsungan hidup yang mencukupi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang






SEJARAH SABAH TAHUN 2024

Susunan Basron Kirwan

      Sepanjang tahun 2024 pelbagai kisah berlaku didalam Sabah sehingga menjadi bahan perbualan warga setiap hari. 

      Menurut sebilangan warga Sabah ada penduduk negeri tersebut tidak tahu menaiki bas mini kemana lokasi seperti Menggatal, Inanam, Likas dan Kota Kin
 

     nabalu. 

Para pemandu Bus mini  menyewa Bus dan  Permit terpaksa berteriak, Menggatal......Inanam......Likas ........dan KK, demi memanggil penumpang yang tidak tahu halatuju mereka.

       Hanya golongan yang pemilik sendiri Bus Mini dan Permit  serta sendiri memandu tidak bising berteriak memanggil penumpang ungkap orang Sabah.

Menurut sumber orang asli Sabahan, ramai pemilik Bus Mini yang menyewakan Permit dan Bus Mini  mereka yang kosong tanpa kelengkapan selaku pemandu pengangkutan awam,  ianya menyebabkan golongan terlibat berbaris menunggu penumpang disetiap Bus Stop sepanjang hari tanpa menghiraukan menyekat kenderaan orang lain.  

        Dengan kehadiran tahun baharu 2025 kelak semua isu yang berlaku sepanjang tahun 2024 mampu diperbaharui oleh semua penduduk orang  Sabahan demi mengelak pemandu sewaan bus dan permit, jika mereka pemandu berbaris lama di Bus Stop bukan terminal bermakna mereka bukan pemilik Permit atau Bus Mini sebenar berikutan perundangan Malaysia mereka tidak tahu ungkap aktivis masyarakat Sabah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

MAMPUKAH TAHUN BARU MERUBAH SABAH?

Oleh. Norsham Haji Tukirin dan Jusupi Anak Kurdi

       Sambutan tahun baharu 2025 diwarnai 

 beberapa perara

kan dan himpunan secara aman sekitar kawasan Likas Kota Kinabalu Sabah. 

        Sambutan di
laporkan ramai dengab terbahagi  dalam dua kumpulan antara penentang kerajaan dan penyokong kerajaan Sabah.
        Perarakan dan himpunan secara aman memudahkan tugas pasukan keselamatan namun terus menjadi perbualan orang ramai sehingga selesai perhimpunan pada 31 Dec 2024.

        Kebanyakan penduduk  Sabah mahupun Malaysia amnya bertanya tanya adakah dengan himpunan aman tersebut mampu merubah Sabah tanpa proses pilihan raya negeri?, malah ramai warga yang memberi rumusan jika mahukan sesuatu perubahan pada kerajaan Sabah temui semua rakyat berdaftar sebagai pengundi bagi memastikan pemilihan wakil rakyat yang bersih jelas mereka.

       Sepanjang 5 tahun melaksanakan himpunan aman sebaik terbentuk kerajaan negeri bukan muda menukar kerajaan yang terpilih proses pilihan raya, apa tak lagi sekadar kurang  dari 2,000 orang berhimpun dalam sesuatu perarakan belum mewakili jumlah semua pengundi pilihan raya Sabah bagi penentu kerajaan negeri.

       Diharapkan semua pemimpin parti politik Sabahan yang berhasrat mahu memenangi sokongan pengundi bergerak lah jumpa semua rakyat jelata tanpa tercicir, hanya rakyat menunggu pemimpin parti politik yang kerap turun padang membantu mereka  meraikan sokongan sokongan undi diberi perhatian bila sampai masa menjalankan undi kelak.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


MENGAPA MENYEPI HARGA MAKANAN MENINGKAT HARGA?

Oleh. Basron Kirwan

Borneo. Majoriti orang muda dilaporkan tidak pernah melihat  isu kenaikan mendadak harga barangan makanan seluruh Sabah hampir setiap bulan.

      Bayangkan dalam kaitan isu isu yang banyak saluran tempat melakukan penyelasaian masih berhimpun secara aman, namun kos sara hidup yang kian melambung tinggi bagai muda mudi terkedu suara tanpa ada langkah penentangan.

         Antara ulasan beberapa aktivis masyarakat Sabah berhubung kes peningkatan kos sara hidup diambang awal tahun baru 2025,  seharusnya penggemar penentangan lebih bijak menentang kenaikan harga barangan yang meningkat kos sara hidup seperti telor ayam RM20.50 pada 30 biji tegas mereka. 

          Aktivis masyarakat Sabah masa kini keciwa dengan penunjuk perasaan secara aman sekalipun namun tidak nampak perbezaan barang makan Sabah dengan Semananjung Malaysia, antara Sabah dan Sarawak juga harga barang makanan lebih rendah di Sarawak bumi kenyalang namun tidak ada satu pun penunjuk perasaan secara aman memprotes ini ujar mereka.

          Aktivis masyarakat Sabah menggesa kerajaan Madani Pusat turun padang ke Sabah lebih kerap, bagi menyiasat mengapa harga barang makan Sabah jauh lebih tinggi berbanding Sarawak dan Semananjung Malaysia.

         Adakah tidak ada keprihatinan kerajaan pusat Madani bagi membantu rakyat Sabah yang menanggung kos sara hidup terlalu tinggi?, kami aktivis masyarakat Sabah tidak menunjuk perasaan secara aman sebaliknya kami bersuara membela rakyat miskin dengan kos sara hidup tinggi ungkap mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

UCAPAN KHAS TAHUN BARU

Selamat Menyambut Tahun  Baru 2025. Kepada Seluruh Pelanggan pengiklanan dan penyiaran Akbar Media Terkini Harian Malaysia, walau dimana juga berada didalam dan luar negara.
        Semoga Tahun 2025 bakal memberi sinar kejayaan seluruh pelanggan kami, disamping terus bersama dengan penyiaran iklan dan pemberitaan kami sepanjang masa.
         Kami Juga mengharapkan seluruh pelanggan Akbar Media Terkini Harian dipanjangkan usia, sama sama dimurahkan reziki pada tahun 2025 kelak. 

                   Daripada.
Akbar Media Terkini Berserta KRU Didalam Dan Luar Negara  Pengiklanan Dan Penyiaran Berita Semasa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang
 

Isnin, 30 Disember 2024

SIDANG REDIAKSI MT

Penulis Tamu. 

Bujie Tuekarang, Norzaitie Kirwan, Koijul Hairol, Gifkir Aming, Helary Sukiono Indonesia, Danny Rew Beirut, Basron Kirwan

Wartawan. Huzera Ben Luar Negara, Jusupi Anak Kurdi,  Norsham Haji Tukirin, Williem Anak Lagau

Pegawai Pengiklanan. Lenny Noor Abdullah

Penolong Pengarang. Joupis Anak Lagau

Pengarah  Urusan Pengiklanan dan Ketua Pengarang. Encek Arman Karim @ Doriso

Pengurus Penyiaran Bersama. Dato' Azhar Haji Omar

Diurusniagakan bersama Media Press Malaysia Kuala Lumpur. 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan  pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

SEMUA BOLEH PROMOSI DALAM AKBAR

Setiap warga dalam dan luar negara boleh mempromosikan apa juga perniagaan menerusi Media Massa berdaftar jika tekad berusaha.

        Keyakinan orang lebih tertumpu dengan promosi media berdaftar tanpa sebarang keraguan bagi melanggani nya setiap masa.

         Antara yang tidak 
 diduga ialah pohon can

tuk dari Kalimantan Timur dan Pokok Buluh Lemang di Semananjung Malaysia yang menjadi perhatian orang ramai dimerata tempat.

        Sehingga berita  ini ditulis  masih ramai  juga warga Borneo bertanya dimana berhubung Akbar Media Terkini Malaysia berikutan tidak pernah mengenali KRU akbar tersebut.

        Cabaran sebilangan warga Borneo adalah tidak tahu mencari perhubungan akbar terlibat  diseluruh Borneo dan Nusantara amnya  ujar mereka. 

        Media Terkini Harian  boleh dihubungi  menerusi talian 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala  Lumpur. Pengarang

IKLAN UCAPAN KHAS TAHUN 2025

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025.

      Kepada, Seluruh Keluarga, Sahabat dan Teman Teman Seluruh Daerah Ranau Dan Pelbagai Lapisan Masyarakat Di Sabah Amnya.

        Semoga Tahun Baharu Ini Kita Sama Sama Mencapai Kemajuan Ekonomi, Kesihatan Sentiasa Terpelihara Dalam Menjalani Kehidupan Seharian, Dipanjangkan Usia Serta Teguh Persaudaraan Mahupun Permaufakatan Sepanjang Masa.

              Daripada. 

Encek Gabriel @ Rujim Guniba                      Dan  Seluruh Keluarga Ranau Sabah 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang

 

PELANCONG MUDA MEMINTA SEDEKAH

Oleh. Gifkir Aming

Kota Kinabalu. Ramai orang Sabah muda terpedaya golongan pelancong meminta wang ringgit dengan hanya memainkan muzik dikedai makan dan kopi sepanjang hari.

      Menurut sebilangan orang Sabah lebih ramai memberi wang pada pelancong yang mengemis dengan hanya bermain muzik berbanding orang Sabahan sendiri, orang Sabah berniaga kecil kecilan bermandi keringat tidak dibantu masyarakat mereka sendiri berbanding pelancong kaya raya tiap hari dihulurkan wang ringgit selagi berada dalam negeri tersebut.

        Anehnya setiap kedai makan dan kedai kopi  tidak menghalang pelancong masuk kedai minta wang ringgit dengan main muzik didepan orang ramai walaupun mengganggu warga menjamu selera, malah golongan pekerja kedai serta penyelia mereka selamba tersenyum menonton pelancong bermain muzik  dari satu meja ke meja lain rutin harian golongan pelancong semasa berada didalam negeri tersebut.

         Sehubungan dengan kes ini  ramai juga warga Sabah yang tertanya tanya mengapa pelancong bebas menjadi pengemis didalam Sabah setiap datang memasuki negeri mereka, sebaliknya ramai orang parti politik tempatan bersorak menolak parti politik  Semananjung memasuki Sabah walau dipimpin orang Sabah namun pelancong asing minta sedekah berulangkali.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

CAKAP BERSIMPANG SIUR

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben 

Gaza. Tutur kata zionis Israel dilapor bersimpang siur  tidak menentu umpama roda 
 berputar tanpa

sebarang  kesudahan kearah penyelasaian. 

       Antara yang dipertikai warga 

Gaza dan Rafah serta Lubnan adalah Gencatan Senjata namun boleh berubah serangan didalam sekelip mata sahaja jika rasa dendam mereka terus membara. 

       Tidak hairan lah Israel sentiasa membunuh rakyat Gaza dan Rafah serta Lubnan jika  mereka gagal menemui musuh dikalangan pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah yang mereka buru, perbuatan zionis Israel terlalu kejam bagi masyarakat awam khususnya dikalangan penganut agama Islam setiap hari. 

         Zionis Israel juga dilaporkan suka melihat korban dikalangan warga Islam  Plastine, Lubnan, Syria dan Iran sehingga masa kini, trend seumpama jarang disedari setiap negara negara membangun walaupun Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel sudah dikenakan waren tangkap lebih 100 buah negara ujar warga Lubnan. 

       Sehingga berita ini ditulis Zionis Israel belum ada sebarang petunjuk untuk memberhenti serangan terhadap  negara negara Islam, tidak hairan lah kekejaman mereka terus menjadi sokongan dikalangan negara Amerika Syarikat dalam serangan orang tidak bersalah.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Ahad, 29 Disember 2024

BAGAIMANA HARGA TELOR SETIAP DAERAH SABAH

Penduduk Sabah dan Sarawak yang mendepani kenaikan mendadak harga Telor atau apa juga harga barang makanan dalam pasaran masa kini tak perlu sembunyikan lagi dari pengetahuan umum.

      Kami sedia membantu sesiapa juga yang menempuh kadar harga barang makanan dalam pasaran terutama luar bandar, semua lapisan masyarakat yang menempuh kes kenaikan harga harga barangan terlalu tinggi boleh menghubungi Akbar Kami waktu pejabat setiap hari.

        Akbar Media Terkini Harian Kuala Lumpur boleh dihubungi menerusi talian 01138554026 dan 0194827829 Jusupi Anak Kurdi Dan Gifkir Aming masa pejabat sahaja.





Nota. Dilarang membuat  ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

PESAWAT TERBAKAR

Oleh. Helary Sukiono

Korea Selatan.  Pesawat Jeju Air Boeing 737 no 2216-800 terbakar selepas hilang kawalan dilapangan terbang  Korea Selatan hari ini.

      Nasib penumpang berjumlah 175 bersama  6 orang anak kapal masih lagi didalam usaha pencarian sehingga berita ini  ditulis walaupun bangkai pesawat kelihatan kebakaran sepenuhnya menurut laporan pihak berkuasa tempatan.

      Pesawat tersebut dilaporkan mengalami masaalah gear dan roda gagal berfungsi semasa berada dilandaskan untuk dihentikan sehingga melanggar pagar landasan, namun pihak berkuasa Korea Selamatan masih menyiasat  punca sebenar kejadian berkenaan disamping mengesan jumlah sebenar yang terkorban semasa pesawat berkenaan terbakar.

       Kejadian  seumpama wajar dijadikan iktibar setiap negara khususnya dikalangan negara negara membangun supaya sentiasa berwaspada setiap masa, pesawat sentiasa diberi pemeriksaan disamping  lapangan terbang wajar diberi penyelanggaraan setiap kali terdapat pesawat yang mendarat ujar warga tempatan




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar  harian ini, tanpa kelulusan  pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang


 

Sabtu, 28 Disember 2024

BACA DAHULU RISALAH NYA

Pelanggan didalam dan luar negara perlu membaca semua risalah didalam kandungan produk ini, mengenali segala ramuan setiap produk amat penting bagi mengelak sesuatu  produk tidak berkhasiat pada diri.

           Semua ramuan produk ini sangat berkhasiat jika diamalkan setiap 
 hari  tanpa mengira 

usia  asalkan wujud keyakinan diri menggunakan nya.

    Ini lah produk COSLO anak peneroka yang menjadi langganan semua warga sejak tahun 2005 lagi.

       Sesiapa yang melakukan tempahan  COSLO Anak Peneroka boleh hubungi Media Terkini  Harian Borneo Ditalian  01138554026 dah 0194827829 masa pejabat sahaja. UP. Lenny Noor Abdullah dan Jusupi Anak Kurdi




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar  harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 





SEMUA NEGARA ISRAEL MUSUHI?

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben 

Gaza. Setiap negara ada pejuang Islam 
 ada sahaja lang

kah Zionis Israel memusnahkan mereka termasuklah orang awam.

       Malah sebut sahaja pejuang bagi setiap negara Islam zionis Israel mula menyusun jentera bagi memusnahkan kumpulan terlibat, yang peliknya jika Israel tak mampu mengesan keberadaan golongan pejuang  disetiap negara yang disasarkan orang awam terus menjadi sasaran. 

        Zionis Israel juga turut membedil penempatan pasukan PBB di  Yaman Jordan dengan pelbagai alasan persembunyian pejuang Houthi, ini lah langkah zionis Israel mengalihkan pelbagai pandangan negara negara kuasa besar bagi menutup kejauhan yang sebenar mereka lakukan keatas negara negara Islam serantau.

         Sehingga masa kini Israel terus melebarkan serangan bukan sahaja di Gaza, Rafah, Iran, Lubnan  malah terbaru adalah Syria, jika ini tidak diambil kajian sebenar oleh negara negara kuasa besar seluruh dunia pastinya Syria akan menjadi kemusnahan pada masa hadapan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


PENJAJA ASING PERLU DIGEMPUR SELURUH NEGARA

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk tempatan memohon semua peluang penjaja sayuran diberi kepada semua warga negara Malaysia diseluruh negara.

         Warga asing tidak wajar diberi  ruang menjadi penjaja sayor mahupun ikan basah diseluruh negara demi peluang dikalangan warga tempatan, namun sejauh manakah kefahaman penduduk tempatan peluang yang sentiasa dikuasai orang asing didalam negara mereka sendiri terbiar.

          Dalam kes terbaru Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur telah menggempur penjaja sayor dikalangan warga asing ditengah bandaraya, semua jualan dan peralatan telah disita namun adalah kes seumpama mampu dituruti pihak berkuasa seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah.

          Harapan warga tempatan penjaja warga asing terus dipantau bagi seluruh negara tanpa diberi sebarang ruang menjual sayor atau ikan basah, sikap individu  warga tempatan yang menyewakan tapak mereka untuk penjaja asing perlu dihentikan seberapa pantas yang boleh ujar mereka.





Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan dalam akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Jumaat, 27 Disember 2024

WARGA SARAWAK BERLAPANG DADA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuching. Penduduk berpendapatan rendah terus bernafas lega berikutan telor ayam kekal pada harga rendah sehingga hari ini. 
 

       Menurut rekod hari ini telor ayam gred A berharga RM13.20 manakala gred C berharga RM12.21 bagi setiap 1 tray berjumlah 30 biji, berbanding laporan penduduk Sabah diantara RM16.80  hingga RM21.60 setiap gerd C dan A bagi 1 tray berjumlah 30 biji. 

       Telor merupakan sebilangan warga Sarawak dan Sabah dalam campuran makanan harian mereka namun terlalu  jauh perbezaan harga bagi kedua negeri berjiran berkenaan, tidak dapat dipastikan sama ada Sabah tidak ada langsung telor ayam tempatan melainkan semuanya import  sehingga harga terlalu tinggi berbanding Sarawak.

        Malah ramai penduduk Sarawak terus berterima kasih dengan kepimpinan kerajaan Sarawak diatas daya usaha mengekalkan  harga telor ditahap rendah, mereka juga mengharapkan Kadar harga tersebut kekal sehingga tahun 2025 demi kelangsungan hidup warga miskin terutama penduduk luar bandar jauh terpencil ungkap mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


DUA PERTAHANAN MENGGERUN ISRAEL

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew

Beirut. Gabungan tentera Lubnan dan pertahanan 

Unifil  yang bertugas barisan pengaman dekat sini, telah berjaya memerintahkan zionis Israel kel

use dari bumi Lubnan penuh hormat tanpa kekerasan yang berlaku.

      Tentera Zionis Israel kerap sekali menceroboh persempadanan dengan Lubnan bagai menimbulkan provokasi terhadap umat Islam serantau, mujur lah badan pengaman Unifil  terus berkawal di Lubnan sampai kehari ini bagi membantu menghalang Israel dari terus menceroboh tanah air Lubnan.

           Lubnan boleh menjadi Gaza, Rafah atau Iran jika Unifil  beredar dari persempadan Lubnan dan Israel dalam tempoh yang lama, isu penindasan Israel terhadap negara yang diduduki orang orang Islam serta pemerintahan Islam menjadi amalan negara terlibat.

            Tidak hairan lah  Gaza dan Rafah kini hancur pelbagai prasarana rumah kediaman serta bangunan bangunan awam akibat kekejaman Israel, tragedi ini harus lah  dijadikan contoh dan teladan setiap negara negara membangun agar tidak terjebak  dengan kekejaman zionis Israel.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

MAMPUKAH TUNJUK PERASAAN MENGUBAH KERAJAAN?

Oleh. Joupis Anak Lagau

Sabah. Isu tunjuk perasaan yang dianjurkan tiga kumpulan dalam negeri ini di Kota Kinabalu dipersoal orang asli Sabahan, adakah ianya mampu merubah kerajaan negeri tanpa proses pilihan raya yang sebenar atau ianya sekadar ambil nama golongan tertentu sahaja.

         Ini persoalan yang dilontarkan para veteran pasukan keselamatan Sarawak Sabah bagi mengulas tindakan ketiga tiga kumpulan merancang himpunan aman pada 31 Dec 2024 akan datang.

        Majoriti warga desa tidak tahu perbuatan seumpama melainkan  proses pilihan raya baharu mereka keluar bagi mengundi sebenar ungkap veteran keselamatan Sarawak Sabah hari ini. 

      Golongan veteran pasukan keselamatan mencadangkan seluruh warga Sabah yang berdaftar sebagai pengundi menunjuk protes masa pilihan raya sahaja, berhimpun penunjuk perasaan secara aman walau beribu orang sekalipun tidak mampu menukar kerajaan sedia ada melainkan proses pilihan raya sahaja ungkap mereka.

          Berhimpun dalam jumlah yang ramai hanya menimbulkan ketegangan jika bertembung  setiap pasukan  yang berhimpun, tidak wajar lah warga berdaftar pengundi terus menjadi peserta perhimpunan sedangkan pangkah undi mereka mampu memilih calon yang bertanding di 73 Dun Sabah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

      
 

PEKEJ PENGIKLANAN AKBAR HARIAN

Kami akbar harian mempelawa semua pelanggan bagi menyampaikan Iklan Ucapan Tahun Baru 2025 sebelum 31 Dec 2024.

     Pekej ini terbuka seluruh Asian dengan menghantar gambar dan teks ucapan kepada kami  dengan tulisan Bahasa Malaysia setiap hari masa pejabat sahaja.

      Semua Iklan Ucapan hendaklah dibayar tunai Ringgit Malaysia sebelum tarikh siaran dibuat demi kelancaran persiaran yang dikehendaki.

        Semua tempahan hendak lah dibuat kepada AKBAR MEDIA TERKINI MALAYSIA menerusi Lenny Noor Abdullah atau Norsham Haji Tukirin ditalian. 01138554026 atau 0194827829 masa pejabat sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Khamis, 26 Disember 2024

RAMAI WARGA TIDAK KENAL BUS TERJUN?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Ramai penduduk negeri Sabah mendedahkan orang mereka ga
 gal mengesan 

Bus Mini Terjun atau tidak lengkap setiap perjalanan dimata masyarakat orang awam. 

         Sebaliknya ramai orang Sabah berduyun duyun menaiki Bus Mini yang saling berteriak memanggil penumpang berbaris disetiap perhentian Bus Mini, sebaik sahaja operasi bersepadu pelbagai jabatan kerajaan dilakukan majoriti Bus Mini Terjun berkenaan terus menghilangkan diri  di Bus Stop atau jalan raya besar terang penduduk negeri Sabah.

       Isu pemandu Bus Mini Terjun dinegeri Sabah dilaporkan kurang menarik perhatian penduduk negeri Sabah,  berikutan mereka sekadar menaiki tanpa ambil tahu dokumen selaku pemandu pengangkutan awam Sabah.

      Sebaliknya bila berlaku kemalangan baharu lah mereka kesal tidak berkesudahan akibat tidak ambil tahu kelengkapan pemandu pengangkutan awam, malah ada juga warga Sabah yang sanggup menjadi dalang Bus Mini berpenandu tidak memiliki kelengkapan yang disyaratkan pemandu pengangkutan  awam Malaysia.






Nota. Dilarang membuat  ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

RAMAI GUNA MELAYU ASING?

Oleh. Norsham Haji Tukirin dan Gifkir Aming

Sabah. Isu malu menggunakan bahasa Melayu asli Sabahan amat dirasai sebilangan warga muda mudi sejak kebelakangan ini, mereka bukan sahaja menggunakan bahasa English malah ada yang berbahasa Melayu dengan loghat Melayu asing sampai diperli wargatua tulen Sabahan.

       Ini didedahkan oleh warga tulen Sabahan bilamana bahasa Melayu Sabahan disambungkan dengan loghat Melayu asing sedangkan mereka duduk di Sabah, bayangkan lah dalam tempuh 10 tahun akan datang jika bahasa Melayu tulen Sabahan dicampurkan dengan loghat bahasa asing apa akan jadi bahasa mereka jika tidak ada daya usaha memperbetulkan nya.

        Ada juga orang asli Sabahan namun langsung tidak bercakap Melayu melainkan semua bahasa Inggeris dengan sebangsa sendiri tiap hari, ini lah kisah yang berlaku dibumi Sabah hingga hari ini dengan tidak ada daya usaha memperbetulkan kekhilafan berkenaan ujar warga tulen  Sabahan ungkap mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam  akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang
 

GENCATAN SENJATA TERUS DICABULI

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben

Beirut. Zionis Israel terus membedil Lubnan 
 walaupun telah

diisytihar gencatan senjata antara Israel dengan Hizbollah.

    Ini merupakan  satu pencabulan hak asasi kepada seluruh rakyat Lubnan yang perlu  diambil tindakan badan dunia terlibat, namun penduduk Lubnan hanya menitiskan air mata tanpa mampu melakukan sebarang halangan ketas setiap serangan zionis Israel  dengan kematian wanita dan kanak kanak ujar mereka dekat sini.
         
         Selain kematian kanak kanak dan kaun wanita dibumi Lubnan, setiap rumah kediaman dan bangunan awam juga musnah akibat bedilan zionis Israel, warga Lubnan sudah buntu siapa lagi mampu menghalang kezaliman Israel diseluruh dunia membunuh semua orang yang tidak bersalah jelas mereka.

       Sehingga berita ini ditulis ramai cedera dan terkorban dibumi Lubnan akibat serangan zionis Israel dinegara tersebut, malah paling kejam Israel turut membedil Van PRESS di Gaza sehingga sekurang kurang nya 5 orang terbunuh disamping beberapa yang lain cedera tegas mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

NOTIS PEMAKLUMAN TEMPAHAN IKLAN

Kami di Akbar Media Terkini Harian Malaysia, memaklumkan semua iklan ditempah haruslah dibayar terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

Kami Juga tidak bertanggongjawab kelewatan siaran jika tidak melakukan pembayaran terlebih dahulu kepada Media Terkini Harian Kuala Lumpur.

        Semua gambar dan teks yang dihantar kepada Akbar Media Terkini Malaysia merupakan hak utama akbar ini tanpa dikembalikan kepada setiap pengirim. 

         Kami dari Akbar Media Terkini Harian berharap agar semua penempah iklan membayar semua iklan yang mereka hantar sebelum siaran dibuat.

        Tempahan iklan boleh dihantar kepada, Norsham Haji Tukirin Dan Lenny Noor Abdullah @ Geofery ditalian 01138554026 atau 0194827829 masa pejabat sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

         


 

BUKAN MUDA TERAJUI AKBAR HARIAN

Memulakan penyiaran akbar pemberitaan dan pengiklanan tidak semudah ungkapan dalam kata bicara golongan persendirian, akbar penyiaran dan pengiklanan  juga bukan sebagai khadam suruhan seperti tanggapan individu yang menganggap akbar itu boleh disuruh sesuka hati.

          Malah  ada juga individu dalam  parti politik tempatan bagai berpura pura enggan  mengenali akbar harian yang berpusat di Semananjung  Malaysia, tidak hairan lah ramai golongan pemacu politik yang menganggap sebilangan golongan penulis sekadar orang suruhan pihak yang tak kenal fungsi akbar penyiaran dan pengiklanan.

       Penulis perlu seiring dengan syarikat akbar penyiaran dan pengiklanan namun ramai orang parti politik Sabahan berpura pura tidak mengenali penulis dan akbar nasional, sikap seumpama amat mengeciwakan golongan penulis berserta akbar yang berpusat di Semananjung Malaysia dengan berlarutan sampai kehari ini.

       Penulis dan akbar bagi tanah Melayu, Sarawak amnya dunia cukup dihormati masyarakat sejagat berbanding di Sabah yang tak dihiraukan sebilangan masyarakat sejagat, tidak hairan lah menurut pembaca akbar Sabahan mendedahkan terlalu banyak akbar Sabahan tutup operasi tanpa disokong warga mereka sendiri ungkap pembaca akbar penuh kesal. Penolong Pengarang





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang

 

Rabu, 25 Disember 2024

HATI HATI CAKAP ORANG POLITIK

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Penduduk bagi Likas, Inanam dan Kerambunai harus berwaspada dengan cakap orang politik menjelang PRN dijangka tahun 2025 yang banyak tak benar.

        Warga pengundi bagi kawasan tiga DUN tersebut wajar mengkaji orang politik yang banyak berjanji membantu rakyat dan peniaga namun semua tipu muslihat tidak ditunai , mujur lah semua warga yang ditipu sudah matang dengan perilaku mereka sepanjang masa melainkan golongan orang baru bagi kawasan terlibat sememangnya terperangkap.

         Ini didedahkan penduduk setempat dan agent pengiklanan yang kerap diperdaya sebilangan pemimpin parti politik  Sabahan dikawasan terlibat namun ianya tidak ditepati, ada juga orang parti politik terlibat bercita cita mahu menjadi calon dalam PRN pada 2025 namun awal awal lagi sudah mendustai pengundi setempat tanpa rasa bersalah ujar mereka.

          Pengundi kawasan Likas, Inanam dan Kerambunai menegaskan bukan muda orang politik apa tak lagi berhasrat menjadi calon memperdayakan rakyat masa kini, semua tipu daya dan muslihat mereka sentiasa dalam minda rakyat sampai masa membuang undi pada PRN Sabah 2025 dengan pembalasan dalam masa mengundi jelas mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

ISRAEL TERUS MEMBUNUH DI GAZA

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben 

Gaza. Penduduk dan bangunan di
 seluruh Gaza ada

lah taruhan dan sasaran zionis Israel setiap masa, anehnya tidak nampak daya usaha dunia mampu menghe
ntikan segala serangan Israel diseluruh Gaza menyebabkan setiap hari ada sahaja cedera dan terbunuh.

Selain dari serangan bom diudara, Israel juga membunuh serangan darat warga Gaza dengan peluru hidup disamping semua bekalan makanan dan perubatan disekat pemberontak pro Israel yang dipasang di Gaza.

         Tidak hairan lan sampai hari ini warga Gaza terpaksa setiap hari mengkebumikan setiap warga mereka yang terbunuh serangan Israel, amat menyedihkan ialah mati akibat penyakit dan kecederaan  tanpa perubatan disamping mati kebulur tanpa bantuan makanan ujar mereka.

         Sampai bila kah dunia membiarkan tindakan ganas Israel terhadap penduduk Gaza Plastine tanpa tindakan walaupun Benjamin Netanyahu sudah dikeluarkan waren tangkap oleh badan dunia, kes ini perlu dijadikan pedoman dikalangan negara negara membangun agar jangan sampai bermusuhan sesama warga namun menganggap orang asing jadi kawan dibumi sendiri.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

TELOR AYAM HARGA TINGGI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi/Mat Qayyim Hazemi Hamid

Sabah. Sebilangan Kecil penduduk negeri ini mendesak kerajaan menurunkan harga telor ayam yang terlalu tinggi masa kini.

         Golongan yang mendedahkan harga telor dalam negeri Sabah tiga hari sebelum krismas sehingga hari pertama krismas berharga RM20 hingga RM21.30  bagi 30 biji dikedai kedai runcit ujar mereka.

         Anehnya tidak ramai yang tampil mendedahkan kes tersebut walaupun sangat membebankan warga berpendapatan rendah,  malah ada juga  orang orang yang dilaporkan marah jika ada warga mengeluh dengan kadar harga yang terlalu tinggi telor dipasaran.

        Menurut kumpulan terbeban  harga telor dalam Sabah mereka tidak ada pilihan melainkan bersuara diakbar Media Terkini Kuala Lumpur, harapan mereka  kemelut harga telor di Sabah  mampu ditangani kerajaan Madani Pusat apa tak lagi dalam menyambut tahun baru 2025 ujar mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

HAYATI RAMUAN PRODUK SEBELUM MELANGGANI NYA

Semua pelanggan akbar ini didalam dan luar negara boleh menghayati senarai ramuan  yang terkandung  didalam risalah ini sebelum mencuba membelinya.

Ini lah  minuman COSLO yang terkenal sejak  awal  tahun 2005 dan bertahan sehingga hari ini masih terus berada dipasaran.

 Bagi warga Borneo 

yang mahu menempah COSLO boleh berhubung kepada AKBAR MEDIA TERKINI HARIAN  setiap hari masa pejabat sahaja.

Tempahan bagi Borneo Boleh Hubungi Mat Qeyyim Hezemi Hamid, Lenny Noor Abdullah @ George Tel. 01138554026 dan 0194827829.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang