Ahad, 3 November 2024

MAMPUKAH KRISIS AIR BERAKHIR DISABAH?

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Penduduk negeri dibawah bayu masih bertekad teki sampai bila krisis
 

air bersih berakhir dengan kelancaran nya terhadap semua warga penduduk negeri tersebut.

       Manakala sebilangan besar warga asing disetiap penempatan rumah setinggan  terlalu mewah mencuri sambungan air bersih tanpa membayar satu sen pun pada kerajaan Sabah ungkap warga Sabah yang ditemui.

        Keluhan juga bagi penduduk Sabah dikawasan perkampungan tanah tinggi yang tercicir dari bantuan PVC PAIP bagi sambungan menggunakan Air Sungai Graviti, hanya dalam kerajaan Barisan Nasional dahulu sahaja wujud pembahagian berpuluh golong PVC PAIP kepada penduduk kampung ditanah tinggi demi penukaran paip rakyat yang rosak. 

       Menurut warga Sabah lagi PVC PAIP ini (gambar) adalah antara jenis bantuan kerajaan BN yang disalurkan untuk rakyat diperkampungan tanah tinggi sepanjang tampuk pemerintahan mereka.

       Tambah warga Sabah lagi, sebaik sahaja kerajaan BN Sabah bertukar ramai warga diperkampungan tanah tinggi tidak lagi mendapat bantuan percuma paip seumpama, entah kemana sudah semua peruntukan pengagihan  bantuan PVC PAIP untuk pengguna air Graviti dari sungai mahupun anak sungai terpilih sebagai sumber makan dan minuman warga desa.

         Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan negeri Sabah serta Kerajaan Pusat Malaysia sama sama seiring turun padang mengembalikan bantuan PVC PAIP untuk warga desa, jika tidak warga desa perkampungan tanah tinggi akan terus keciciran dalam pembaikan atau pembuatan paip dari PVS sebagai memulihkan bekalan air bersih mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan