Khamis, 21 November 2024

BENARKAH MEREKA INI TIDAK KELIHATAN?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Pelbagai ramalan warga yang berkunjung ke Bandaraya Kota Kinabalu melihat pengemis yang tidak mampu dihentikan, ada juga warga menyifatkan mereka mungkin boleh ghaib sehingga pegawai kerajaan Sabah tidak mampu melihat kelibat mereka meminta sedekah.

      Antara pendedahan beberapa aktivis masyarakat negeri ini semasa tinjauan Media Terkini Borneo beberapa hari yang lepas, kebanyakan pengemis ini langsung tidak boleh bercakap didalam Bahasa Melayu walaupun mereka didakwa orang asal negeri tersebut dari keturunan mereka.

        Kebanyakan peminta sedekah bijak mencari tempat tumpuan umum dengan membawa kanak kecil walaupun berbeza warna kulit amat ketara sekali, semua teknik dipergunakan bagai langsung tidak diperhatikan sebilangan warga Sabah umpama mereka tak kisah menghulur bantuan wang tiap hari.

        Mungkinkah benar dakwaan sebilangan aktivis masyarakat yang peminta sedekah ini memiliki pegangan Ilmu Hitam bagi meraih simpati warga Sabah?, ianya bergantung pada keimanan dan ketakwaan individu bagi menjauhi pengaruh Ilmu Hitam yang dipergunakan golongan tertentu peminta sedekah jalanan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan