Rabu, 6 November 2024

JUALAN RAHMAH PERLU DISASAR ORANG MISKIN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Rakyat miskin negeri Sabah meminta kerajaan negeri merubah lokasi penjualan RAHMAH dengan menyasarkan orang orang kampung jauh terpencil, ini sangat merugikan orang orang 
 kampung dipergunun

gan tanpa memiliki kenderaan sendiri memandangkan menyewa kereta di Sabah juga terlalu tinggi membeli jualan Rahmah jelas mereka. 

       Warga miskin mencadangkan diseluruh Sabah dibuat setiap ada Sekolah Rendah dan Sekolah menengah bagi mengimbangi perjalanan kaki orang miskin tanpa kenderaan sendiri, tambah mereka lagi bayangkan lah Jualan Rahmah dibuat jarak dengan kampung ditanah tinggi lebih 20 batu bagaimana orang kampung tanpa kenderaan sendiri sampai membelinya ujar mereka. 

       Setiap Wakil Rakyat Sabah harus memahami kedudukan satu dewan undangan negeri memiliki keluasan yang melebihi 40 batu, jika tidak dibuat Jualan Rahmah disetiap sekolah rendah ianya sangat merugikan orang kampung yang tidak memiliki kenderaan dan ianya dinikmati orang berkereta sahaja jelas mereka.

         Kerajaan Sabah perlu bijak mengatur jualan Rahmah disetiap ada sekolah rendah agar meringan bebanan orang kampung yang jauh tidak punya kenderaan, jangan sampai jualan Rahmah ini hanya dinikmati oleh golongan senang dan berkereta sahaja sedangkan orang miskin langsung tidak merasakan nya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan