Ahad, 10 November 2024

JAMBATAN MARUDI DIBUKA LALUAN

Oleh. Willem Anak Lagau

Sarawak. Pengguna jembatan Marudi ke Miri bernafas lega apabila ianya dibuka hari ini  selepas disiapkan sepenuhnya.

      Jembatan tersebut menelan belanja berjumlah RM116.5 juta  dengan menjimat perjalanan semua pengguna jalan raya lebih kurang 20 kilometer dari Miri, selain dari itu jalan raya sejauh 42 kilometer berkenaan memudahkan warga Sabah yang berkunjung ke Sarawak  bermula hari ini apa tak lagi mereka yang kerap berkunjung ke Sarawak.

      Menurut kerajaan Sarawak, projek Pan Borneo  negeri tersebut sudah 99.50 % telah disiapkan sehingga masa kini bagi fasa satu, ianya membuktikan ketelusan kerajaan negeri bersama pihak kontraktor demi seluruh rakyat pengguna dalam lingkungan Borneo ujar mereka.

        Apapun kejayaan Sarawak menyiapkan jalan raya Pan Borneo tahun 2024 sangat menguntungkan  bukan sahaja warga Sarawak malah melibatkan juga pelawat Sabah dan Kalimantan amnya.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan