Selasa, 19 November 2024

ISRAEL KINI TERUS DITENTANG

Oleh. Danny Rew

Telaviv. Israel yang terus mengganas menyerang orang
 awam umat 

Islam Gaza, Rafah, Lubnan, Iran dan Syria, kini bagai mendapat pembalasan bila 

mana Pejuang Houthi dan Hizbollah terus menggandakan serangan terhadap zionis Israel yang kerap mengenai setiap sasaran kawasan pertahanan  Israel.

        Ini diakui kumpulan tentera Israel yang mendepani serangan para pejuang Hizbollah dan Pejuang Houthi sehingga keluarga Benjamin Netanyahu dilaporkan bersembunyi dalam bilek kebal, keupayaan persenjataan dan kepakaran para pejuang Houthi dan Hizbollah diakui zionis Israel jauh sekali berbeza dengan pejuang Hamas namun kini mereka mula berkerjasama.

      Pejuang Houthi dan Hizbollah sentiasa mampu menghancurkan depoh pertahanan zionis Israel termasuklah kenderaan perang mereka, tidak hairanlah tekanan perang tentera zionis Israel cukup getir serta banyak mencedera serta membunuh barisan hadapan perang mereka.

        Terdapat juga maklumat ramai tentera baru zionis Israel diambil dari pengikut  amalam Ortodoks sebagai memperkukuhkan serangan mereka keatas para musuh yang disasarkan, namun majoriti yang diserang adalah orang awam seperti kanak kanak dan wanita tanpa menemui sebenar kumpulan pejuang  Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi dalam tiap serangan. 

        Sampai bila kah zionis benar benar menyasarkan serangan terhadap para pejuang Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi tanpa menyasarkan kanak kanak dan wanita awam, persoalan ini sukar dijawab selagi zionis Israel masih gagal membezakan orang awam dengam pasukan pejuang yang mereka buru setiap hari tanpa menemui dimanakah markas mereka.

         Sampai hari ini zionis Israel terus mengganas dengan menembak Pengaman UNIFIL PBB yang ditugaskan di Lubnan yang diarahkan oleh PBB, zionis Israel juga dilaporkan bagai sengaja menembak anggota UNIFIL PBB yang jelas membawa bandera logo PBB namun terus juga diserang.








Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalan akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan