Sabah. Perbuatan pencuri kecil menyebabkan ribuan pengguna letrik mengalami kerugian besar setiap masa mereka (pencuri) melakukan curian Kabel Letrik kerap kali waktu malam.
Kejadian curi kabel ini juga terlalu berani apa tak lagi kerap berlaku diwaktu malam sehingga berjam jam terputus bekalan tenaga letrik, anehnya sukar menangkap pencuri Kabel Letrik terutama dikawasan sunyi dengan bebanan kerugian para pengguna tenaga letrik ungkap orang ramai.
Isu pencuri Kabel Letrik ini juga bagai tidak ada jalan pemantauan pihak berkuasa bagi mencegah agar golongan pencuri tidak ada ruang melakukan kerjaya curi mereka, tidak hairan lah sepanjang tahun ada sahaja kes curi kabel letrik berlaku dalam setiap negeri namun tangkapan boleh dihitung dengan nombor angka jelas orang ramai.
Menurut sumber orang desa, terdapat masyarakat yang langsung enggan berkerjasama dengan pihak berkuasa menyalurkan maklumat pencuri dikawasan tertentu, malah ada juga golongan yang ditemui langsung enggan memberi maklumat kumpulan pencuri yang berhampiran kawasan kediaman mereka entah mengapa ianya menyepi diri ungkap orang desa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan