Isnin, 25 November 2024

LEBIH RAMAI MEMBERI WANG ENTAH SIAPA MEREKA

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Ramai warga Sabah dilaporkan memberi wang pada peminta sedekah ini walaupun tidak dikenali asal usul mereka yang bahasa Melayu pun langsung tidak tahu.

       Ini didedahkan beberapa pesara anggota keselamatan yang tidak  tahan dengan sikap peminta sedekah berkumpulan namun menghilang pantas bila melihat pasukan beruniform menghampiri golongan terlibat. 

       Menurut kumpulan pesara anggota keselamatan, pengemis  sekitar bandaraya seluruh negeri Sabah kerap bertambah setiap masa, namun pengemis terlibat laju melarikan diri jika melihat  petugas beruniform meronda menghampiri mereka  apa tak  lagi jika melibatkan operasi bersepadu tegas mereka.

          Terdapat juga maklumat ramai warga Sabah tidak ambil kisah siapapun peminta sedekah yang kelihatan meragukan sehingga ramai warga menghulur wang yang banyak, tidak hairan lah lebih ramai pertambahan warga peminta sedekah bukan sahaja didalam bandar malah boleh bergerak kepekan pekan yang menjadi tumpuan orang ramai. 

            Ada juga orang Sabah mendedahkan peminta sedekah berkenaan tergolong penduduk yang tidak boleh bercakap Melayu entah dari mana mereka datang, sungguhpun ianya meragukan namun masih ramai juga penghuni bandar mahupun pekan terus memberi sokongan serta menghulur wang pada pengemis.

        Sampai bila kes seumpama disedari dan dijauhi seluruh warga kota dan pekan bagi menghentikan kegiatan pengemis terlibat?, tidak ada sebarang warga yang memberi penjelasan pengakhiran peminta sedekah ini selagi pemberi wang sedekah masih terus berleluasa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan