Rabu, 20 November 2024

SIAPA KAH MEREKA SAMPAI KE MELAKA?


 Oleh. Sukod Wagu Liwan dan Mat Qyyem Hezemi Hamid

Melaka. Majoriti rakyat Malaysia kagum mendengar persembahan Miuzik Bambu mereka yang berasal dari Kg. Contoh Merampong Keningau Sabah, namun siapakah mereka yang telah mengharumkan nama Sabah mampu bersaing dalam miuzikal  bambu sehingga tontonan pelancong dunia.

        Mereka adalah antara ahli KRT  Kg. Merampong Keningau yang berketurunan ETNIK DUSUN LIWAN  dan dilaporkan nenek moyang mereka berasal Kg. Kumawanan Tambunan,  kebolehan mereka mewarisi  bahasa Dusun Liwan serta miuzik BAMBU tidak dapat disangkal berikutan sampai mendapat undang  oleh Majlis Bandaraya Melaka sempena tahun melawat Melaka.

        Berapa ramai warga Sabah mampu mengekalkan budaya bahasa, tradisi warisan dan keprihatinan kerjasama semasa diperantauan?, satu satunya persoalan yang hanya mampu dijelaskan oleh pelancong yang menonton depan mata persembahan miuzik bambu serta lagu lagu bahasa Dusun Liwan asli.

         Adalah menjadi impian generasi Dusun Liwan agar etnik mereka terus berkekalan dipandang oleh kerajaan Malaysia dalam apa juga program seluruh negara, bukan sahaja untuk setahun malah dijadikan satu sejarah penghayatan mengekalkan bahasa, muzikal bambu serta menyelami budi pekerti mereka  dalam pegangan hidup beragama Islam. 

        


Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan