Sabah. BN dan PH dalam negeri Sabah telah memulakan tekad perbincangan kerjasama menjelang PRN yang dijangka boleh berlaku bila bila masa sahaja.
Antara pimpinan parti yang menyertai pertemuan bagi perbincangan mengadakan kerjasama ialah, UMNO, MCA, MIC, PBRS dalam kompenen BN manakala PKR Sabah, DAP Sabah, UPKO dan AMANAH gabungan PH Sabah duduk semeja merangka kerjasama tidak rasmi berkenaan.
Sementara dipihak gabungan GRS pula sudah siap menubuhkan jawatankuasa pengagihan kerusi persediaan PRN Sabah pada bila bila masa sehingga oktober 2025.
Dalam percaturan ini, antara Komponan BN dan PH Sabah mampukah keserakahan mereka serta pengagihan kerusi direalisasikan sama rata penuh adil, demikian juga dengan gabungan GRS berjayakah mereka mengagihkan kerusi terhadap semua gabungan parti sama rata penuh adil tanpa wujud tidak berpuas hati.
Sementara itu bagaimana daya usaha diantara kedua dua Parti Warisan Sabah serta PKDM yang juga telah meramalkan bertanding solo jika tidak mencapai pakatan dengan mana mana parti menjelang PRN Sabah akan datang.
Dalam konteks PRN Sabah akan datang segalanya penentu adalah pengundian rak
yat yang berdaf
tar sebagai pemilih didalam negeri ini, kedua dua parti WARISAN dan KDM adalah parti Sabahan yang masing masing memiliki penyokong tersendiri disetiap kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.Berdasarkan percaturan mereka yang belum ada secara rasmi permaufakatan dibentuk rakyat jelata masih terus meneliti kemana arah politik stabil dan datang mendengar suara mereka, kebanyakan penduduk kampung tanah tinggi mendedahkan sebilangan wakil parti politik yang datang jumpa mereka sekadar lawatan pada golongan tertentu sahaja.
Ada juga penduduk Sabah yang mendedahkan ramai orang wakil parti politik datang melawat kampung hanya menemui beberapa orang tertentu sahaja, jauh sekali melawat kampung menemui rakyat secara keseluruahan kampung seperti amalan pada zaman kerajaan BN terdahulu sehingga penuh satu padang kampung berbual dengan masaalah mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar Harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan