Borneo. Rakyat jelata seringkali dimainkan oleh sebilangan ahli politiking bercakap tidak serupa bikin demi meminta sokongan pengundi pilihan raya, sebaliknya segala masaalah dan beban kehidupan rakyat tidak pernah diberi bantuan walaupun mereka merayu minta diberi peluang memenangi kerusi pilihan raya.
Ini didedahkan beberapa aktivis politik Borneo yang melihat ramai sangat ahli politiking masa kini berapi api bercakap membela kehidupan rakyat, sebaliknya rakyat jelata yang memohon bantuan PVC PAIP (gambar) untuk gantian paip kegunaan warga kampung langsung tidak dilayan tegas mereka.
Ada juga ahli politiking yang berbicara prihatin pada rakyat golongan susah jauh dari bandar namun memberi sumbangan pada mereka jauh sekali, segala galanya bantuan kepada golongan memerlukan hanya diberi selepas terpilih menjadi wakil rakyat bagaikan mereka (rakyat) masa kini boleh diperdaya.
Kru Media Terkini harian Malaysia yang cuba menemui beberapa ahli politiking Sabah gagal apabila golongan terlibat enggan diwawancara, tidak hairan lah ramai rakyat keciwa dengan segelintir ahli politiking yang suka berjanji namun ianya sekadar pemanis mulut ungkap mereka.
Hanya kebijaksanaan rakyat sahaja boleh menolak ahli politiking yang sekadar menabur kata kata manis masa kini, sebaliknya sumbangan warga miskin yang ditagih rakyat susah mungkin ditunggu sampai mereka terpilih menjadi wakil takyat ujar aktivis masyarakat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan