Isnin, 18 November 2024

SUDAHKAH PENGIKUT GISBH SEMUA SERAH DIRI?

Oleh. Basron Kirwan dan Koijol Hairol

Kuala Lumpur. Sebaik pengumuman GISBH diharamkan ramai warga bertanya adakah seluruh pengikutnya disetiap negeri telah menyerah diri untuk dipulihkan akidah mereka atau masih bersembunyi masa kini.

        Persoalan ini diutarakan sebilangan pembaca Media Terkini berikutan tidak banyak maklumat jumlah pengikut GISBH disetiap negeri didalam Malaysia, hanya pengumuman umum 10,000 jangkaan pengikut Gisbh seluruh negara dilaporkan pada September 2024 lalu oleh Ketua Polis Negara.

         Ramai umat Islam bimbang saki baki pengikut GISBH yang enggan menyerah diri terus bersembunyi disetiap negeri khususnya warga asing tidak dapat dikesan pihak berkuasa, golongan terlibat juga dibimbangi akan terus memerah tenaga kanak kanak bagi menjalankan perniagaan secara berkumpulan bebas berkeliaran jelas aktivis warga Sabah.

        Terdapat warga Sabah mendedahkan terdapat kanak kanak berkumpulan bergerak menjual pelbagai makanan bagaikan mereka dijaga sesuatu kumpulan, kanak kanak terlibat juga sanggup duduk berbaris dihadapan pintu pintu bank sepanjang hari selain bergerak keluar masuk restoran menjual pelbagai kueh dan keropok.

         Dalam konteks ini setiap negeri wajar menggandakan pemantauan bagi mengesan setiap pengikut ajaran yang sudah diharamkan supaya mereka tidak terus berselindung kegiatan dengan cara tersembunyi, kes seumpama sangat merbahaya jika kumpulan terlibat yang tidak menyerah diri merubah nama sahaja sedangkan amalan dan fatwa yang dibawa masih serupa dengan setiap ajaran sesat yang diharamkan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan