Sabtu, 30 November 2024

MEREKA BOLEH JADI KAYA RAYA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Setiap pelawat ke bumi dibawah bayu pasti menonton sekeliling bangunan  kedai atau pasar sayor dipenuhi pedagang Rokok Seludup, para pedagang ini memiliki pelanggan masing masing  terutama pengguna atau dijual semula cara tersembunyi disetiap kedai runcit terpencil.

       Peniaga rokok seludup juga bukan sahaja dilanggani orang awam malah ada juga pemimpin parti politik tempatan Sabahan melanggani rokok tersebut, golongan anti merokok yang ditemui membidas ahli parti politik Sabahan yang melanggani rokok seludup yang disifatkan baling batu sembunyi tangan.

         Peniaga rokok seludup tidak akan bertahan menjual rokok yang diburu pihak kerajaan jika tidak dilanggani warga Sabah sendiri, pihak berkuasa memburu mereka (pembekal dan penjual) setiap hari namun orang awam dan ahli parti politik tempatan terus juga membeli rokok mereka setiap hari entah mengapa tidak sedar.

         Aneh nya jika bercakap politik golongan terlibat asyik menyalahkan penyeludupan namun bila rokok seludup didepan mata mereka terus membelinya, ini jelas pedagang rokok seludup di Sabah boleh kaya raya tanpa lesen apa tak lagi cukai amat jauh sekali jelas orang ramai.

      Sehingga berita ini ditulis  belum ada tanda tanda orang awam dan orang parti pilitik Sabahan berhenti melanggani  penjualan rokok seludup, ada juga peniaga kedai runcit sanggup melanggani rokok seludup  untuk dijual kepada warga disekitar penempatan kedai mereka dengan cara sembunyi.

         Kata orang yang tidak merokok, jangan salahkan pengedar dan penjual rokok seludup sebaliknya salahkan pembeli dan pengguna yang lebih menggalak penjualan berkenaan, pengedar dan penjual rokok seludup pasti berhenti  melakukan perbuatan mereka jika sampai lebih 6 bulan langsung tidak ada pembeli rokok seludup berkenaan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur

       
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan