Sabah. Penduduk dalam tujuh kerusi Dun negeri
ini meramalkan
Antara kerusi terlibat adalah Dun Liawan, Dun Bingkor, Dun Tambunan bagi Parlimen Keningau, sementara Dun Dalit, Dun Sulaman, Dun Tampaluri dan Dun Kiulu bagi Parlimen Tuaran.
Kesemua kerusi tersebut dilaporkan menjadi kubu Gabungan Rakyat Sabah masa kini dan mungkin sukar dijangka halatuju semua pengundi kelak, bagi parti seperti BN, PH, WARISAN dan KDM serta beberapa parti tempatan perlu berjuang bersama semua rakyat setempat jika mahukan sokongan pengundi kawasan tersebut.
Kebanyakan penduduk dalam kawasan dua kerusi parlimen tersebut lebih banyak berdiam diri walaupun silih berganti orang parti politik memasuki kawasan mereka, sebaliknya penduduk berbilang kaum dalam kawasan tersebut mahu melihat siapa sebenar pemimpin tidak ego, tidak lupa bersama terus membantu rakyat jelata.
Menurut segelintir warga dalam kawasan Parlimen Keningau dan Parlimen Tuaran, rakyat jelata setempat lebih bijak memilih pemimpin parti politik yang terbaik sepanjang masa bersama rakyat, pemimpin parti politik yang hanya memilih orang kampung ditemui akan dihitung pada masa membuang undi kelak jelas mereka.
Seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pemilih bagi kawasan parlimen Keningau serta parlimen Tuaran perlu bijak memilih calon parti dalam PRN akan datang, hanya golongan yang benar benar berjiwa rakyat tanpa ego dan sombong memilih yang hendak didampingi golongan rakyat jelata warga kampung lapor penduduk yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan