Isnin, 11 November 2024

RAJA ROKOK WARGA ASING

Isu merokok ditempat awam dalam negeri Sabah dilaporkan telah didalangi warga asing dengan majoriti Rokok Seludup yang juga dikuasai sebilangan warga mereka. 

       Sesiapa juga yang berkunjung ke Sabah pasti akan menemui warga wanita berdudukan ditepi tepi bangunan kedai mahupun bangunan Pasar sayor setiap hari, apakah perniagaan mereka tidak lain Rokok Seludup bersaing dengan kedai penjual rokok berlesen dan membayar cukai sedangkan rokok seludup tanpa Lesen apa tak lagi Cukai jelas orang Sabah.

        Siapakah pembeli rokok seludup ini, tentu ramai warga Sabah tersenyum dengan jawapan spontan semua warga pembeli termasuklah segelintir kakitangan kerajaan  mahupun orang awam, tidak ramai nekad bersatu hati  memboikot rokok seludup berkenaan walau menyalahi undang undang terus juga disokong melangganinya sepanjang masa.

      Bayangkan lah bagaimana membasmi rokok seludup jika sebilangan orang Sabah, ahli ahli parti politik, sebilangan kakitangan kerajaan terus melanggani nya tiap hari, tidak hairan lah penjualan rokok seludup dalam negeri Sabah sentiasa bertambah setiap hari diseluruh negeri dengan alasan duduk santai dilorong depan pasar sayor dan kedai kedai tempatan.

      Dengan paparan ini  semua warga  Sabah wajar membuka mata khususnya kerajaan negeri agar bertindak tegas menutupi semua penjualan rokok seludup tepi jalan sepanjang masa,  setiap warga yang melanggani  rokok seludup perlu diberi kaunseling sebelum diambil tindakan tegas supaya berhenti melanggani penjualan rokok seludup ujar orang ramai.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan