Ahad, 3 November 2024

BN BERGERAK SOLO SATU KEBERANIAN

Oleh. Basron Kirwan dan Mat Qyyem Hezemi Hamid

Sabah. Pengumuman Umno BN  berger
 

ak solo dalam PRN Sabah akan datang petanda  keberanian mereka berjuang bersama rakyat Sabah. 

           BN Sabah yang dianggotai oleh Parti MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti MIC serta UMNO sangat berani bergerak solo dalam PRN Sabah dijangka tahun 2025. 

          Sebaliknya jika BN Sabah yakin bergerak solo jentera mereka perlu bergerak seiring bermula dari sekarang menjelajah seluruh daerah demi membawa rakyat bersama mereka, PBRS, MCA, MIC dan UMNO Sabah harus seiring bergerak sama jika mahu  memperkasa sokongan pengundi seluruh 73 kerusi  Dewan Undangan  Negeri yang hendak ditandingi mereka.

        Pandangan beberapa aktivis politik veteran Sabah bagi mengulas pengumuman Datuk Seri Panglima Bung Mokthar Raden Ahli Parlimen Kinabatangan yang mahu bergerak solo dalam PRN SABAH, selaku Pengurusi Perhubungan Umno BN Sabah beliau harus sama sama bergerak dengan semua kompenen BN Sabah menemui seluruh lapisan pengundi jika komited bergerak solo bagi mendepani pilihan raya jelas mereka.

         Apapun hanya MCA, PBRS, MIC dan UMNO Sabah yang tahu apakah jentera mereka benar benar bersedia bergerak solo meraih undi dari rakyat seluruh 73 kerusi DUN  SABAH, sehingga berita ini ditulis belum ada maklumat kerja berpasukan mereka bergerak menjelajah bagi menemui seluruh rakyat disetiap daerah seluruh kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah jelas orang ramai. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan  pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan