Rabu, 8 September 2021

UMNO PERLU BANGKIT BERSAMA RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. UMNO perlu turun  bersama dengan rakyat seluruh negara jika mahu kembalikan kegemilangan kuasa mereka yang hilang ditangan musuh akibat propaganda yang dimainkan berleluasa setiap hari. 

UMNO juga harus bersikap terbuka semua pihak  jika mahu meraih sokongan setiap rakyat yang menjadi pengundi tanpa bergantung sayap kepimpinan ketua ketua cawangan semata mata demi memenangi jiwa seluruh pengundi dimana juga berada apa tak lagi terdapat ketua cawangan tidak disenangi rakyat pada masa lampau.

UMNO juga harus menyusun jentera dengan memastikan setiap ahli cawangan hendaklah orang dikawasan sekitar dan bukanlah dari kampung daerah lain yang menjadi kemarahan rakyat jelata sebelum tewas pilihan raya lepas. 

Pembaharuan setiap ahli diperingkat cawangan haruslah dipandang Sirius oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi  Presiden UMNO agar seluruh rakyat dalam negara ini khususnya Sabah kembali meyakini perjuangan UMNO sebagai mengembalikan kuasa pada PRU ke 15 akan datang. 

Melihat kepada gandingan mantap Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dengan  Datuk Seri Mohammad Hassan Timbalan Presiden UMNO ramai rakyat meramalkan hanya usaha berterusan turun padang bersama mendampingi segenap lapisan rakyat jelata terutama golongan pengundi mampu memulihkan kekuasaan UMNO dan BN tegasmereka.

Langkah pertama UMNO dapat dilihat berikutan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Naib Presiden UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9 baru baru ini. 







 Nota. Dilarang membuat ulasanberuta dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan