Selasa, 21 September 2021


 UJIAN PARLIMEN SABAH PANAS 

Oleh. Jasly Dollah 

Kota Kinabalu. Percaturan politik Sabah bagi menguji kekuatan merebut kerusi parlimen semakin hampir malah mulai panas  bahangnya ketika ini antara parti parti memerintah dengan kumpulan parti parti pembangkang. 

Kerusi parlimen Sabah berjumlah 25 kerusi dan kawasan pengundi bandar dan Cina telah ditawan oleh DAP dan WARISAN selain kerusi parlimen Murut Tenom  juga ditawan oleh DAP menerusi wakil parlimen mereka YB. Puan Norita Sual yang tidak menduga mampu  menewaskan semua pencabarnya pada PRU ke 14 lalu. 

Dalam menghadapi kehidupan getir dengan kemelut pandemik Covid 19 penuh kesempitan hidup ditambah pula rungutan wargatua, pesakit kronik melalui pembedahan berulang kali dipaksa pula kerajaan masa kini menjalani vaksin dua dos mampukah pengundi Sabah bertahan hidup didalam paksaan  menurut kehendak pihak pemerintah tanpa didengar rintihan kesakitan diri mereka selepas divaksin tegas beberapa rakyat yang ditemui.

Menurut penduduk Sabah sebaik hampir 80 peratus penduduk dunia divaksin lengkap kematian harian serangan virus Covid 19 dan varian Delta lebih 8,105 orang sehari manakala jangkitan lebih 4,721,566 orang  tanpa tunduk dengan vaksin yang disuntik setiap badan manusia. 

Cabaran ini bakal memberi perhitungan rakyat keatas pemimpin masa kini dan mungkin bakal digunakan oleh para pemimpin parti pembangkang dalam masa berkempen pilihan raya kali ke 15 akan datang walaupun setakat ini masih banyak berdiam diri bagi melihat  perkembangan politik semasa. 

Dalam percaturan politik masa kini WARISAN dan DAP masih teguh sokongan rakyat secara diam ditambah PKR, UPKO, AMANAH, PEJUANG, EMUDA pasti akan bergerak bersama meraih sokongan rakyat apabila parlimen akan dibubar menjelang PRU ke 15 akan datang. 

Sehingga berita ini ditulis keghairahan pemimpin pemerintah negeri ini lebih kepada memaksa seluruh rakyat menyerah diri minta suntikan vaksin tanpa mengira pesakit kronik, lumpuh, cacat anggota badan semua dipaksa menghadirkan diri minta divaksin namun masih ratusan juga mati akibat serangan Covid 19 setiap hari jelas rakyat jelata yang ditemui. 

Rakyat Sabah akan menentukan pilihan raya ke 15 antara pembangkang dan gabungan pemerintah masa kini tanpa menentang paksaan vaksin masa kini akibat pelbagai halangan diberi terhadap rakyat yang tidak mendapat vaksin terutama memasuki kompleks beli belah, bangunan kerajaan dan banyak lagi kekangan semua yang belum divaksin jelas mereka. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productiobs House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan