Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Rakyat yang tergolong sebagai pesakit KRONIK meminta bantuan bersuara mempertahankan mereka agar tidak dipaksa mendapat vaksin demi kelangsungan hidup mereka bersama keluarga dari masa ke semasa.
Sebagai rakyat Malaysia kami para pesakit KRONIK MERAYU KEPADA KETUA PPIM MALAYSIA Datuk Nadzim Johan supaya membantu kami bagi menghalang paksaan memberi suntikan vaksin setelah kumpulan kami menjalani pelbagai pembedahan membuang penyakit didalam badan disamping banyak menghadapi kesakitan sebaik lepas menjalani pembedahan serta banyak ubat yang dimakan setiap hari bukan sahaja di Semananjung Malaysia malah di Sabah dan Sarawak.
Ini disuarakan oleh George Paulus dari Sabah mewakili pesakit Kronik serta seorang bekas anggota keselamatan yang tidak tahan paksaan kerajaan Malaysia agar semua rakyat dipaksa vaksin tanpa meneliti golongan pesakit kronik dan risiko mereka dipaksa vaksin ujar beliau.
Sehubungan dengan harapan George Paulus ini majoriti pesakit kronik Malaysia Sabah dan Sarawak mengharap Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM Malaysia dapat membantu bersuara untuk mereka agar tidak dipaksa VAKSIN selepas ini oleh kerajaan Malaysia hari ini sebagai menjaga diri dan keluarga mereka yang bertahun tahun menanggung derita kesakitan sebaik selesai menjalani pembedahan membuang beberapa organ didalam tubuh yang rosak kini dipaksa pula mengambil vaksin katanya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan