Oleh. Gifkir Aming
Dalam hujan lebat hampir lapan jam hari ini sebatang
sungai penuh melimpah sehingga ke jalan raya berhampiran akibat saliran sungai sudah terlalu cetek tanpa penyelanggaraan pihak berkuasa tempatan walaupun ianya tertimbus oleh hakisan Quari pada bahagian Ulu Sungai tanpa disedari masyarakat dan pemimpin tempatan.
Kejadian seumpama boleh dielak kan jika diperingkat awal ada pemantauan semua pihak bukan sahaja perparitan jalan raya malah saliran sungai juga perlu diselenggara dengan teratur agar hakisan timbunan batu serta tanah tidak berlaku demi kelancaran saluran air besar tanpa sekatan ujar orang ramai yang terkandas.
Sebaik kejadian serupa tidak mampu memberi sebarang bantuan sudah akibat laluan pergerakan tidak lagi boleh dilalui serta ramai sudah yang tersekat dan menemui jalan buntu melintasi nya sehingga keadaan menunggu pembaikan lapor orang ramai.
Setiap musim tengkujuh banjir dan terputus jalan serta jalan ditenggelami air menyebabkan ratusan kenderaan terkandas malah ada pekerja yang gagal menuju ke tempat kerja mereka berikutan laluan jalan terputus akibat air banjir yang besar namun masih tidak daya usaha memperbaiki semua sudut perparitan serta saliran laluan sungai yang tertimbus dengan hakisan batu dan tanah dari ulu sungai tegas pengguna yang ditemui.
Dalam konteks ini pemimpin dan masyarakat harus seiring bagi memantau segala masaalah yang seringkali berlaku didepan mata supaya boleh ditangani dan dibaiki bersama tanpa menunggu bertahun lamanya malah ada yang berulangkali setiap tahun masih juga gagal diperbaiki sumber maklumat masyarakat prihatin.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan