Ahad, 26 September 2021

KAWAL KENDIRI SOP 

Oleh. Basron Kirwan Kuala Lumpur. Covid 19 tidak akan berhenti dengan vaksin semata mata jika kelalaian dalam mengawal SOP setiap pergerakan seharian masih terabai malah vaksin dua dos atau belum vaksin sama mampu dijangkiti jika penjarakan diri serta pelitup muka tidak diamalkan sebagai kunci menjaga diri dan keluarga sepanjang masa. 

Turut memberi nasihat bagi menjaga SOP dengan pemakaian pelitup muka serta penjarakan diri ditempat orang ramai setiap masa ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Pengurusi BN Malaysia mengaku kelalaian manusia akan terus memberi ruang jangkitan Covid 19 diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah selagi berlaku kelalaian manusia setiap masa tanpa mematuhi SOP antara sudah vaksin dan belum sama sama mematuhi penjarakan diri serta lengkap pelitup muka katanya. 

Media Terkini juga dimaklumkan kematian seluruh negara masa kini serangan Covid 19 hampir 25,000 orang walaupun pertambahan vaksin dua dos semakin meningkat setiap hari. 

Sungguhpun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekadar Presiden UMNO dan Pengurusi BN  namun tanggungjawab melihat rakyat Malaysia tidak pernah dilupa agar tidak menjadi sasaran Covid 19 yang jelas tiada hentinya ujar orang ramai. 

Penjagaan SOP dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna amat penting jika saling  mahu menjauhi Covid 19 yang menakutkan masa kini seperti saranan Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan