Khamis, 30 September 2021

UMNO BERTAKTHA DIHATI JIKA ? 

Oleh. Basron Kirwan  

Kuala Lumpur. Jentera UMNO yang bakal menampilkan pemimpin muda seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden Parti UMNO mampu mendapat sokongan sebilangan besar rakyat ahli UMNO jika bergerak seiring dimulakan dari sekarang sehingga pilihan raya ke 15 akan datang. 

UMNO juga perlu memperkasa hubungan dengan semua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jika mahu memperolehi sokongan rakyat jelata dinegeri tersebut pada PRU ke 15 akan datang apa tak lagi berhadapan dengan Pakatan Harapan dan Warisan Sabah yang masih mpertahankan penyokong mereka yang dimenangi pada PRU ke 14 yang lepas.

Pembaharuan pemimpin pelapis muda mudi UMNO mampu mendapat sokongan rakyat jelata seluruh negara semula namun perlu ada gerak kerja bersemuka semula seluruh rakyat khususnya golongan penyokong akar umbi UMNO BN yang masih mengharap kebangkitan semula pemimpin parti tersebut.

Misi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO merangkap Pengurusi BN kearah memperkasa perjuangan UMNO dan BN wajar digerak dari sekarang diseluruh tanah Melayu mahupun negeri Sabah amnya agar keyakinan para penyokong mereka akan terus meningkat tanpa berbelah bahagi sehingga memperolehi sokongan penuh pada PRU ke 15 akan datang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan