Sabtu, 4 September 2021

MUSIM TENGKUJUH MEMUSNAH ALAM 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Masyarakat tidak menduga September tahun ini dilanda tengkujuh sehingga memusnahkan tanaman, jalan raya serta pelbagai ekonomi sebilangan masyarakat tanpa disedari secara  sirius pelbagai lapisan masyarakat  didalam mahupun luar bandar. 

Sejak beberapa hari yang lepas banyak tempat telah ditenggelami air banjir  serta tanah  tanah  tinggi  yang  telah runtuh dipercayai berpunca dari hakisan air hujan disamping kerosakan jalan raya akibat kurang sempurna perparitan  dikawasan terbabit. 

Menurut orang ramai yang ditemui, jalan jalan raya yang ditenggelami air jelas dapat dilihat perparitan tidak  menampung air yang besar dan deras dikala musim hujan yang terlalu lebat. 

Dalam konteks seumpama, semua perparitan  sepanjang jalan jaya dalam negeri ini perlu diselenggera setiap masa memandangkan tidak ada manusia  mampu meramal bila masa hujan lebat dan kuat serta lama bakal menimpa setiap tanah dibumi ini agar setiap jalan raya bersedia dengan perparitan yang besar dan dalam sebagai laluan air hujan mencurah ujar mereka. 

Bersiap sedia sebelum kedatangan hujan lebat dan bertahan lama agar tidak banyak jalan raya runtuh atau tenggelam akibat limpahan air yang gagal mengalir dalam perparitan kecil dan sempit. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan