Oleh. Huzera Ben
New York. Hampir semua masyarakat dunia memperolehi dua dos vaksin pelbagai jenama virus Covid 19 juga kian mengganas membunuh dan menjangkiti manusia pelbagai peringkat usia dan jantina.
Tidak ada tanda tanda virus Covid 19 tunduk dengan pelalian vaksin walaupun didalam kelompok negara negara maju apa tak lagi negara negara membangun ia terus mencari mangsa sasaran setiap masa tanpa hentinya sehingga menakutkan orang ramai mencari nafkah tiap hari.
Dalam rekod dunia hari ini jumlah kes kematian serangan virus Covid 19 melebihi 4.69 juta orang manakala jumlah jangkitan melebihi 228,432,429 orang.
Amerika terus merekodkan kematian tertinggi serangan Covid 19 melebihi 673,761 orang sementara jangkitan terus meningkat lebih 42,085,220 orang.
Bagi negara India kini mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih dari 444,838 orang sementara jangkitan terus meningkat 33,448,163 orang sehingga ke hari ini.
Di Brazil juga tidak nampak penurunan kes apabila merekodkan kematian serangan Covid 19 melebihi 590,508 orang dan jumlah jangkitan terus meningkat lebih 21,230,325 orang.
Berdasarkan kepada rekod yang tertera dinegara negara maju dan hampir mencapai semua warga mereka mendapat dua dos vaksinasi namun tidak ada petanda Covid 19 tunduk dengan vaksin yang dimasuk ke dalam tubuh manusia sehingga hari ini dengan peningkatan kematian dan jangkitan serangan Covid 19.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan