Rabu, 8 September 2021

PRU 15 SABAH SENGIT 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Semua parti politik Sabah harus bersedia mendepani rakyat semula bermula dari 2021 jika mahu sokongan undi dalam pilihan raya parlimen kali ke 15 berikutan PRU ke 14 tidak memihak besar mana mana parti. 

Berdasarkan pemerhatian politik tempatan yang menghubungi media  terkini BN hanya mampu memperolehi 10 kerusi, STAR 1, DAP 3, PKR 3 dan WARISAN 8  membuktikan tidak ada yang memperolehi sokongan besar dari segenap rakyat yang mengundi.

Mengikut persefahaman parti Pakatan Harapan Warisan memperolehi kerusi 134 kerusi manakala BN 10 kerusi  dan STAR 1 kerusi namun UPKO yang menang atas tiket kerusi BN menyokong Pakatan Harapan dan meninggalkan BN bagi kerusi Parlimen Tuaran.

Suasana politik yang tidak menentu masa kini terusenjadi perhatian rakyat terutama golongan yang sudah berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pasti bukan senang meraih sokongan mereka jika tokoh politik diam membisu. 

Kerusi Parlimen Sabah masa kini berjumlah 25 kerusi dimana sejumlah 14 kerusi dikuasai PH dan Warisan dan disokongP UPKO menjadikan memperoleh keseluruhan dalam sebutan 15 kerusi.  

BN, PBS,  STAR, PAS, SAPP, MCA dan MIC perlu bergerak menyantuni seluruh rakyat jelata negeri Sabah tanpa mengira darjat pasti meraih sokongan padu dikalangan rakyat demikian juga bagi Pakatan Harapan dan Warisan jika menggandakan pengukuhan bersama rakyat tidak mustahil mereka memperolehi kerusi lebih banyak dari pru ke 14 lepas.

Menurut rakyat dalam 25 kerusi parlimen Sabah PRU ke 1& merupakan satu penilaian dikalangan rakyat sebenar sejauh manakah pembelaan semua Ahli Parlimen yang menang terhadap rakyat apa tak lagi yang kalah memang tidak pernah temui rakyat selepas pilihan raya parlimen lalu sehingga hari ini ujar mereka. 

Bagi Ahli Parlimen yang menang dalam pilihan raya kali ke 14 rakyat masih menunggu kunjungan mereka membuktikan keprihatinan terhadap semua pengundi mereka sehingga ke hari ini walaupun berdiam diri namun perhitungan tetap ada dalam mengundi pada PRU ke 15 akan datang jelas rakyat yang ditemui.

Kru Media Terkini yang cuba menghubungi beberapa MP yang berpengaruh mewakili sesebuah parti gagal dan tidak mendapat sebarang jawapan apa tak lagi calon MPP yang kalah langsung gagal dihubungi sehingga ke hari ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan