Oleh. Williem Anak Lagau
Borneo. Setiap tahun hujan berlaku dimerata tempat dalam kawasan Borneo sehingga menimbulkan pelbagai kerosakan seperti keruntuhan tanah yang tidak kukuh sama ada tanah tinggi atau tanah rendah namun yang sangat targis adalah keruntuhan jalan raya yang sentiasa dipergunakan sehari hari setiap pengguna tanpa memilih darjat dan kedudukan.
Tengkujuh bulan September 2021 sangat menakutkan bukan sahaja memusnahkan jalan raya malah turut meragut nyawa masyarakat yang melintasi jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Dalam mengharungi hujan lebat bulan September ini Borneo sampai Kalimantan turut memperolehi pengalaman serupa namun sekadar mata memandang apa yang berlaku akibat sepanjang musim kemarau semua saluran perparitan tidak diselanggara dengan lebih sempurna oleh pihak berkuasa tempatan lapor orang awam.
Anehnya kawasan jalan dan pekan yang kerap ditenggelami air banjir setiap tahun berlaku namun bila kemarau surut masih juga perparitan tidak diselanggara termasuklah sungai yang tertimbus dengan batu pasir masih juga tidak dikorek setiap tahun menyebabkan air besar melimpah ke jalan raya berhampiran sehingga jalan runtuh dan tidak boleh dilalui apa juga kenderaan tegas orang ramai.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan