Jumaat, 10 September 2021

BILA DIDAFTAR  
 SEBAGAI TERMINAL  

Oleh.  Jopis Anak Lagau 

Pelancong terkilan melihat  Bus Perhentian Pekan Telipok dijadikan TERMINAL BUS tetap setiap hari  dari awal pagi hingga ke petang menyebabkan kesesakan laluan  kenderaan lain dipekan tersebut namun  masyarakat setempat bagai  membisu tanpa suara walaupun setiap masa melihat kejadian tersebut didepan mata.

Ini didedahkan beberapa pelancong yang melewati kawasan tersebut dari Ranau jalan pintas balik ke Kota Kinabalu melalui Pekan Kiulu namun tidak menduga kesesakan berlaku di perhentian Bus Pekan Telipok menghalang laluan mereka diwaktu siang hari  

Sesuatu yang aneh adalah peniaga Kedai sekadar melihat kejadian tersebut berserta penduduk berhampiran namun tidak ada yang menyuarakan kesesakan tersebut tegas mereka. 

Kebanyakan pelancong yang KECIWA melihat kesesakan tersebut adalah warga Sarawak dan Brunei yang membuat lawatan ke Kundasang Gunung Kinabalu dan Air Panas Poring namun tidak menduga melihat kejadian ganjil didepan mata tanpa  tempat mengadu kes seumpama berlaku. 

Adalah menjadi harapan mereka agar jika Bus Perhentian sementara dipekan tersebut bukan berdaftar Terminal Bus Utama ianya perlu diberi notis keras agar himpunan Bus  Mini banyak dipekan tersebut dapat diusir pihak berkuasa setiap hari demi mengelak kesesakan yang berlaku tegas mereka. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan