Rabu, 22 September 2021

ANAK DERHAKA MIMPI BOLOT HARTA 

Oleh. Norzaitie Kirwan 

Sabah. Peristiwa anak derhaka  tidak akan hilang bersama keturunan mereka sampai bila bila terutama jika ibu kandung dan bapa kandung melapazkan sumpah semasa dilawan anak cucuk sehingga berbogel (Ibu Kandung) dihalaman rumah tanpa meminta maaf anak dan cucu sehingga ibu dan bapa kembali keliang lahad menemui panggilan Allah swt sangat perit mencengkam kehidupan.

Kisah benar ini dilaporkan dalam sebuah perkampungan sekitar negeri ini  dimana keturunan terlibat sedang berusaha sedaya upaya merebut semua harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang dilawan sepanjang masa sampai sanggup memusuhi adik beradik kandung mereka akibat tamak harta sedangkan yang dilawan dan disumpah semasa hidup adalah ibu bapa kandung melahirkan mereka. 

Menurut adat anak negeri Sabah adalah berdosa sangat besar jika melawan ibu bapa kandung sampai ibu berbogel memperlihat kemaluan pada anak perempuan serta cucu cucu perempuan tanpa sempat meminta maaf hingga kedua ibu bapa meninggal dunia. 

Kisah menakutkan ini masih wujud didalam sebuah perkampungan dinegeri Sabah dan dilaporkan tiada kerukunan keamanan keluarga terlibat sehingga masa kini malah mula menular bermusuh dengan orang kampung yang enggan membantu memberi mereka wang ringgit  atau apa juga bantuan terhadap keluarga mereka.

Kumpulan keturunan keluarga yang disumpah ibu kandung ini juga masih gagal merebut tanah peninggalan ibu bapa kandung yang mereka derhakai berikutan adik beradik nya telah dimusuhi lebih 5 tahun tanpa menganggap keluarga malah turut disumpah sumpah agar mati cepat supaya harta ibu bapa kandung bakal mereka perolehi kelak namun adik beradik pula telah nekad tidak akan menghormati dan mengampunkan dosa yang anak cucu derhaka lakukan pada ibu bapa kandung mereka. 

Dalam usaha Media Terkini menjejaki ketua ketua adat anak negeri SUMPAHAN BOGEL IBU KANDUNG tidak akan hilang sampai bila bila  terhadap anak cucu dan cicit mereka selagi ibu kandung tidak melapazkan kata kata kemaafan didepan mata anak cucu dan cicit mereka tegas pakar adat yang ditemui.



 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan