Selasa, 7 September 2021

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben  

India. Masih saling mempersoalkan sampai bila Covid 19 berakhir serangan kematian dan jangkitan sebaik lebih  lapan puluh peratus telah lengkap dua dos suntikan pelbagai jenama vaksin dibeberapa negara maju. 

Golongan yang lengkap menerima dua dos vaksin di beberapa negara maju masih ada yang dilaporkan mendapat jangkitan serta masih ada terkorban dijangkiti penyakit Covid 19 terutama pesakit yang pernah menjalani beberapa pembedahan membuang beberapa organ didalam badan akibat pelbagai jenis penyakit ujar beberapa masyarakat tempatan. 

Dunia masih mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 lebih 4.57 juta orang sejak tahun 2019 sehingga hari in manakala jangkitan lebih daripada 221.07 juta orang.

Amerika Syarikat sebagai negara maju dalam semua teknologi moden  terus mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 lebih dari 665,858 orang sementara jangkitan lebih dari 40.76 juta orang sejak 2019 hingga hari ini.

Bagi negara India masyarakat nya risau walaupun sudah ramai telah di vaksin dua dos namun kematian serangan virus Covid 19 masih melebihi 440,567 orang manakala jangkitan terus meningkat lebih 32.98 juta orang sejak penghujung tahun 2019 sehingga ke hari ini. 

Adalah perlu pemerintah negara negara membangun supaya memberi penelitian terperinci  terhadap paksaan mevaksinasi golongan pesakit kronik memandangkan nyawa pesakit adalah tanggungjawab mereka dan keluarga masing masing jika sesuatu yang terjadi selepas divaksin seperti dinegara negara maju. 

Isu yang kerap dibangkitkan menjangkitkan atau dijangkiti orang lain sangat mudah mengatasi dimana penguatkuasaan petugas dan tindakan undang undang jika mereka yang belum vaksin melanggar SOP dikhalayak ramai seperti tidak memakai pelitup muka atau gagal mengamalkan penjarakan diri lebih dari 4 kaki dengan orang ramai jelas aktivis masyarakat dekat sini.

Petugas keselamatan harus bertindak tegas dalam rondaan tiap hari disetiap negara maju atau membangun agar tidak lagi ada masyarakat melanggar SOP dikhalayak ramai dan jangan sesekali petugas beruniform yang dilantik membuat kawalan sendiri menutup dagu dan mulut sahaja manakala hidung terbuka luas dikhalayak ramai mereka bertugas. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga di dalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan