Ahad, 3 April 2022

SIHIR MAMPUKAH DITERIMA AMAL? 

Helary

Sukiono 

Malindo. Mampukah ahli sihir menahan dendam kesumat orang bagi mengirim atau menabur pelbagai ilmu hitam terhadap orang yang dihajati walau tanpa sebarang kesalahan orang lain yang dikehendaki sepanjang bulan ramadhan setiap tahun?. 

Ini lah satu persoalan masyarakat sejagat Malindo yang didedahkan pihak warga Kalimantan berikutan terdapat tempahan luar biasa dikalangan pengamal ilmu hitam dari orang yang terlebih dendam kesumat tanpa mengira bangsa dan agama bagi mencapai hasrat mereka tiap hari. 

Pemburu ilmu hitam berbilang bangsa dan agama sukar dikawal lebih lebih lagi golongan beragama namun memakai ilmu hitam menabur beras putih dijalanan orang tidak berdosa  sebagai perbuatan dendam kesumat terang penduduk Kalimantan yang ditemui. 

Antara ilmu hitam paling laris di Kalimantan yang didedahkan ialah mengupah mahluk halus memakan roh orang tidak berdosa dikehendaki akibat dendam membolot harta, ada juga dendam dengki keupayaan lebih orang lain, malah tidak kurang juga dendam kesumat akibat daya upaya orang lain mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga sehingga dicemburui golongan hati hasad dengki. 

Pemburu ilmu hitam sanggup menghabiskan wang ringgit demi memperolehi Ilmu Hitam memusnahkan hidup orang lain tidak berdosa malah mereka membelakangkan pegangan agama masing masing demi tuntutan hasad dengki semata mata dalam kehidupan harian mereka.

Semua insan yang berhambakan diri pada Allah swt atau apa juga agama jauhi diri dari hasad dengki, dendam kesumat, tamak haloba pada harta bukan hak milik mereka agar tidak menyusahkan orang lain. 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan