Ahad, 17 April 2022

DUNIA GETIR DEPANI COVID 19 

Oleh. Huzera Ben 

Kota Vatican. Dalam pertumbuhan pelbagai jenama vaksin disetiap negara maju dunia terus dilaporkan mendepani virus covid 19 dengan getir berikutan kematian terus berlaku walaupun suntikan vaksin terus dilakukan dos 1, dos 2, penggalak je 3 dan seterusnya namun virus Covid 19 terus juga membunuh. 

Hanya 4 tempat yang belum ada kematian serangan virus Covid 19 sejak tahun 2020 sehingga masa kini melibatkan Kota Vatican (Lokasi Penulis), Macau, Sint Maarten dan Curacao masih terlindung dengan kematian serangan virus Covid 19. 

Sehingga hari ini Virus Covid 19 telah membunuh 6,267,184 orang diseluruh dunia, manakala jangkitan 507,389,507 orang dan menghadapi rawatan hospital setiap negara maju lebih kurang 49,836,867 orang. 

Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 sehingga masa kini 1,014,902 orang, disusuli negara Brazil 661,855 orang manakala negara India 521,772 orang. 

Turut tertinggi kematian serangan virus Covid 19 ialah negara Rusia 373,022 orang sejak tahun 2020, disusuli negara Mexico 323,848 orang, negara Peru 212,565 orang dan negara United Kingdom 171,396 orang. 

Virus Covid 19 juga turut membunuh 161,336 orang dinegara Itali sejak tahun 2020 sehingga hari ini, disusuli negara Sepanyol dengan jumlah 159,605 orang, negara Indonesia 155,820 orang, negara Perancis 143,910 orang  dan negara Iran 140,777 orang.

Negara  Colombia jumlah kematian serangan covid 19 berjumlah 139,738 orang  sementara  Jerman jumlah kematian covid 19 sejak tahun 2020 adalah 133,304 orang, negara Argentina berjumlah 128,306 orang,  negara Poland berjumlah 115,809 orang, negara Ukraine berjumlah 108,220 dan negara Afrika Selatan berjumlah 100,138 orang.

Sebagai langkah berjaga jaga dari jangkitan pelbagai virus covid 19 sangat penting bagi menjaga penjarakan diri dan kerap membersih tangan disamping sentiasa menutup hidung dan mulut setiap masa tanpa lalai demi kesihatan diri dan keluarga.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan media terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan