Oleh. Huzera Ben
Brazil. Hampir semua negara negara maju didunia terus diserang pelbagai virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga kehari ini namun hanya empat negara yang bersih tanpa sebarang kematian serangan penyakit tersebut.
Antara negara negara yang terselamat dari serangan virus covid 19 termasuklah Macau, Sint Maarten, Kota Vatican dan Curacao yang belum ada sebarang kematian sebaik sahaja covid 19 melanda dunia sejak tahun 2020 sehingga masa kini.
Dunia masa kini mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 6,289,824 orang, jangkitan juga terus meningkat sehingga 513,150,165 orang manakala rekod dalam rawatan masa kini mencecah 47,569,554 orang.
Dalam kecanggihan negara negara maju Amerika Syarikat terus mencatat kematian tertinggi serangan virus covid 19 berjumlah 1,018,316 0rang sejak 2020 sehingga masa kini, disusuli kematian di Brazil mencecah 662,663 orang manakala India berjumlah 522,193 orang.
Dinegara Rusia juga terus mencatatkan kematian terbanyak serangan virus covid 19 dengan jumlah 374,734 orang sejak tahun 2020 sehingga tahun ini, turut tertinggi kematian serangan virus covid 19 dengan rekod 324,117 orang ialah negara Mexico dan negara maju yang merekodkan berjumlah 212,724 orang ialah negara Peru sejak 2020 sehingga masa kini.
Bagi negara United Kingdom virus covid 19 telah meragut nyawa dengan jumlah 173, 352 orang sejak tahun 2020, negara Itali juga mencatatkan kematian serangan covid 19 mencecah 162,609 orang sementara negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang dan negara Indonesia 156, 067 orang.
Turut merekod kematian tertinggi serangan virus covid 19 ialah negara Perancis 145,020 orang, negara Iran mencecah 140,952 orang, negara Colombia 139,771 orang, negara Jerman berjumlah 134,624 orang dan negara Argentina berjumlah 128,344 orang.
Sejak kebelakangan ini negara Poland juga mencatatkan kematian serangan vìrus covid 19 dengan jumlah 115,948 orang, negara Ukraine berjumlah 108, 306 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 100,298 orang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga dan mencetak serta memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan