Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Pemimpin parti politik dinegeri ini ditegur agar jangan terlalu angkuh dengan pelbagai syarat bila rakyat meminta bantuan dalam sesuatu musibah yang terjadi pada mereka tanpa diduga.
Terdapat rakyat yang bertarung nyawa dihospital meminta ehsan bantuan pada pemimpin parti politik namun sebilangan dari mereka diam membisu malah ada yang meminta pelbagai syarat tidak masuk akal mahu menjual muka orang yang sedang bertarung nyawa tanpa menghubungi doktor pakar kerajaan yang merawat pesakit kritikal.
Adakah ini syarat sebilangan pemimpin parti politik Sabah mempertahankan kedudukan mereka sebagai pemimpin parti politik yang konon nya membela semua rakyat bermasalah sedangkan rakyat bertarung nyawa sekalipun tidak dilayan panggilan atau Watsap dikatil hospital kerajaan soal rakyat yang menghubungi media terkini dekat sini.
Bagi pemimpin yang meminta gambar pesakit bertarung nyawa sebagai syarat mahu menimbang menghulur bantuan, tak perlu banyak berdalih memandangkan masa meminta diundi adakah surat aku janji anda tanda tangan diagih setiap pengundi yang berbaris dipusat mengundi jika pengundi memangkah anda soal keluarga mangsa yang ditemui.
Pelik beberapa syarat pemimpin parti politik dinegeri Sabah lebih mengutamakan gambar pesakit berbanding berhubung para doktor pakar hospital kerajaan yang merawat rakyat bertarung nyawa sedangkan keluarga mangsa sering dijadikan sandaran meminta khidmat mahu mempertahankan kedudukan perjuangan parti politik mereka yang jelas sekadar helah tidak membantu ujar saudara mangsa terlibat.
Apa terjadi ini perlu dijadikan pengajaran antara rakyat jelata dengan pemimpin parti politik agar saling mengatahui serta menghulur bantuan dengan merujuk doktor pakar diward hospital yang dimasuki pesakit, jangan lah pemimpin parti politik yang dihubungi mahu meminta gambar pesakit bersambung pernafasan tambahan sekadar alasan mempertimbangkan bagi memberi bantuan agar tidak menjadi isu dalam pilihan raya akan datang bagi musuh politik serta rakyat jelata yang dikecewakan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan