Sabtu, 23 April 2022

PELITUP MUKA DAN SOP WAJIB DIKEKALKAN 

Oleh. Koijul Hairol

Dunia yang masih merekodkan jangkitan dan kematian serangan pelbagai virus covid 19 perlu dijadikan iktibar dikalangan negara negara membangun agar terus mewajibkan pematuhan semua SOP DAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA setiap kali berada dikhalayak ramai dan berhawa dingin.

Negara negara menbangun tidak boleh sewenang wenangnya bergantung dengan vaksin lengkap atau dos penggalak semata mata bagi pelindung orang ramai dari serangan virus covid  19 setiap masa memandangkan negara maju sekalipun tidak mampu membasmi virus tersebut sehingga masa kini.

Setiap negara membangun juga perlu sedar kemampun mereka yang belum setanding negara maju cuba melonggarkan SOP DAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA tanpa berfikir betapa sukarnya mengawal jangkitan covid 19 jika tidak dikekalkan pematuhan sop dan pemakaian pelitup muka selagi kes dunia tidak berhenti. 

Sebagai contoh virus covid 19 telah meragut nyawa lebih 1,017,609 di Amerika Syarikat sejak tahun 2020 sehingga masa kini walaupun negara tersebut antara negara tersohor pelbagai kepakaran teknologi moden namun masih belum mampu membasmi virus tersebut.

SOP BAGI PENJARAKAN DIRI SERTA PEMAKAIAN PELITUP MUKA SEPERTI MENUTUP HIDUNG DAN MULUT wajib dikekalkan ditempat awam, dalam pengangkutan awam dan tempat berhawa dingin agar virus covid 19 terlindung dari menjangkiti orang lain tegas aktivis masyarakat antara bangsa.

Sehubungan dengan pendedahan ini, negara negara membangun wajib mempertahankan SOP PENJARAKAN DIRI, SELAIN DARI ITU PEMAKAIAN PELITUP MUKA dengan sempurna dengan menutup hidung dan mulut wajar dikekalkan sehingga covid 19 tidak lagi wujud dalam negara masing masing.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga, mencetak berita atau memuat turun berita dan iklan tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan