Isnin, 4 April 2022

CONTOHI BANTUAN ASNAF SARAWAK 

Oleh. Williem Anak Lagau

Kuching. Langkah Tabung Baitulmal Sarawak mengagihkan  bantuan berjumlah RM14.9 juta kepada golongan asnaf negeri wajar dicontohi seluruh negara agar tidak ada warga asnaf keciciran setiap tahun. 

Seramai 3,200 keluarga asnaf menerima bantuan sara hidup tahun ini bagi seluruh negeri Sarawak hasil sumbangan Tabung Baitulmal jelas Datu Abang Mohd. Shubli Abang Mohd. Nailie Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak.

Daya usaha pihak agama Sarawak lebih memberi perhatian golongan asnaf seharusnya menjadi contoh kepada pihak berkuasa negeri membantu setiap asnaf agar meringankan kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.

Sama sama lah kita mengingati golongan asnaf terutama pihak berkuasa setiap negeri sebagai langkah membantu mereka dibulan Ramadhan sehingga bulan syawal tahun ini seiring dengan orang yang berkemampuan. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House ,Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan