Rabu, 13 April 2022

BENARKAH MAKANAN INI NAIK HARGA ? 

Oleh. Gason Dumiri 

Pihak berkuasa perlu memantau kadar harga makanan ini yang dijual dengan harga diatas RM2.00 sebungkus belum termasuk tambahan bayaran penghantaran diseluruh negeri Sabah. 

Malah jika tempahan dari kawasan jauh dari bandar dilaporkan mungkin mencecah harga keseluruhan melebihi RM 4.00 tanpa ada penjelasan syarikat pengilang kepada seluruh rakyat negeri Sabah jelas pengadu yang menghubungi kru media terkini beberapa hari yang lalu. 

Seandainya perkara ini tidak disiasat  bagi seluruh negeri Sabah besar kemungkinan boleh merosak nama baik syarikat pengilang mahupun pihak berkuasa dalam kerajaan dalam masa jangkamasa panjang tegas pengadu kepada media terkini dekat sini. 

Semua peniaga produk syarikat kilang berlesen perlu mendapat kelulusan berniaga dari pengilang bagi menentukan harga jualan umum agar tidak merosak nama baik syarikat pengilang mahupun syarikat pengedar berlesen jangkamasa panjang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan media terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan