Rabu, 20 April 2022

GARAPAN SEMINGGU DISANA SINI 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah merupakan kaya dengan tumbuhan ini yang warga asli negeri ini menyebut LOPUTUNG namun ada juga menyebutnya pokok selingkawang tumbuh meliar didalam hutan.

Selain dari itu nama pokok ini juga telah diabadikan sebagai nama perkampungan Kg. Loputong Tampaluri dimana menurut sumber terlalu banyak pokok selingkawang mengikut suku etnik  menduduki desa desa terpencil dipelusuk negeri  ini. 


APA KATA ANDA DENGAN TUHAU? 

Sabah juga kaya dengan Pokok Tuhau dimana pelbagai ramuan boleh dibuat hanya menggunakan pokok tuhau dan boleh dijadikan bahan makanan seperti didalam gambar ini.

Menurut penggemar produk makanan terpilih diperbuat daripada pokok tuhau jika mahir membuat  produk dari pokok tersebut pasti banyak lagi yang mampu diolah sebagai santapan generasi  muda mudi akan datang. 

DULU DAN SEKARANG BERBEZA   

Dahulu perjudian ini dilaporkan bertulis dikertas kertas bertampal dinding dinding bangungan kedai permis perniagaan tempatan. 

Sebaliknya hari ini semua dilapor menggunakan kaedah moden dengan jentera bergantung mesen cetak sebagai taruhan wang ringgit.

Perjudian ini juga dilanggani semua orang tanpa mengenali bangsa agama dan jantina empat hingga enam kali sehari semalam jelas orang ramai yang ditemui hari ini. 

Perjudian ini juga mampu menghabis wang orang yang berpendapatan rendah apa tak lagi setiap hari pulang dari kerja terus menjadi pelanggan judi hingga ke malam setiap hari.      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan