Sabtu, 30 April 2022

KORBAN COVID 19 TERUS MENINGKAT 

Oleh. Huzera Ben

Brazil. Dalam serangan virus covid 19 seluruh dunia empat negara seperti Macau, Sint Maarten, Kota Vatican dan Curacao terus mempertahankan rekod belum ada kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga berita ini ditulis hari ini.

Dunia hari ini terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 6,306,705 orang, kes jangkitan 516,760,204 orang manakala masih didalam rawatan 46,136,952 orang  yang dilaporkan.

Negara Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,020,660 orang, disusuli negara Brazil berjumlah 663,484 orang manakala negara India berjumlah 523,803 orang.

Turut tertinggi negara merekodkan kematian serangan virus covid 19 masa kini sejak tahun 2020 ialah, negara Rusia berjumlah 375,884 orang disusuli negara Mexico berjumlah 324,294 orang walaupun pelbagai vaksin diperkenalkan lebih awal diseluruh negara negara maju tersebut.

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 ialah negara United Kingdom berjumlah 174,912 orang, negara Itali berjumlah 163,377 orang, negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang, negara Indonesia berjumlah 156,257 orang dan negara Perancis 145,869 orang.

Majoriti negara maju dilaporkan terus diserang covid 19 termasuklah kematian agak tinggi dinegara Iran sejak tahun 2020 hingga masa kini berjumlah 141,083 orang, negara Colombia berjumlah 139,793 orang, negara Jerman berjumlah 135,794 orang, negara Poland berjumlah 116,059 orang, negara Ukraine berjumlah 108,391 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 100,360 orang.

Patuhi langkah langkah memakai pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut setiap kali berada ditempat orang ramai dan patuhi jarak antara 4 kaki ke 5 kaki diantara satu sama lain setiap kali berhadapan dengan orang ramai setiap masa.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak atau memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan