Oleh. Huzera Ben
Macau. Serangan virus covid 19 seluruh dunia sangat menakutkan masyarakat berikutan tidak ada sebarang petanda ianya akan berakhir melibatkan seluruh negara negara maju sejak tahun 2020 sehingga masa kini tahun 2022 ini.
Serangan covid 19 dunia dunia mencatatkan kematian keseluruhan berjumlah 6,273,605 orang, jangkitan mencatatkan secara keseluruhan dalam tempoh yang sama berjumlah 509,373,314 orang, manakala rekod didalam rawatan berjumlah 481,413,157 orang.
Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan covid 19 sejak 2022 sehingga hari ini berjumlah 1,015,790 orang, ianya disusuli negara Brazil dengan jumlah 662,076 orang manakala negara India berjumlah 521,996 orang.
Negara berikutnya yang mencatatkan tertinggi kematian serangan covid 19 melibatkan negara Rusia dengan jumlah 373,948 orang, negara Mexico dengan jumlah korban 323,949 orang manakala Peru berjumlah 212,654 orang.
Sehingga masa kini United Kingdom juga mencatatkan kematian tertinggi serangan covid 19 berjumlah 171,396 orang, disusuli negara Itali berjumlah 161,766 orang dan negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang sementara negara Indonesia dengan jumlah 155,903 orang.
Dalam perkembangan pelbagai vaksin yang dikeluarkan pelbagai negara maju bagi mencegah serangan covid 19 negara Perancis terus merekodkan kematian serangan covid 19 dengan jumlah 144,205 orang sejak tahun 2020 sehingga masa kini, ini disusuli kematian dinegara Iran berjumlah 140,854 orang manakala dinegara Colombia berjumlah 139,751 orang.
Di negara Jerman juga merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 133,437 orang, disusuli negara Argentina dengan jumlah kematian serangan covid 19 128,344 orang, negara Poland berjumlah 115,838 orang, negara Ukraine mencatatkan kematian berjumlah 108,220 orang manakala negara Afrika Selatan berjumlah 100,181 orang.
Terdapat beberapa negara seperti Macau, Sint Maarten, Curacao dan Kota Vatican tidak memiliki sebarang kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga masa kini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga serta mencetak atau membuat salinan berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan dalam media terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan