Oleh. Huzera Ben
India. Empat negara mengekal tidak ada kematian serangan virus covid 19 iaitu Macau, Curacao, Sint Maarten dan Kota Vatican terus terselamat dari korban nyawa serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari.
Majoriti negara negara maju dijadikan mangsa korban nyawa virus covid 19 sehingga kematian masa berita ini ditulis berjumlah 6,301,137 orang manakala jangkitan 515,485,742 orang dan dalam rawatan berjumlah 46,383,703 orang.
Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak 2020 berjumlah 1,019,774 sehingga hari ini, disusuli negara Brazil berjumlah 663,165 orang manakala negara India berjumlah 523,693 orang.
Bagi negara Rusia sejak tahun 2020 sehingga hari ini kematian serangan virus covid 19 berjumlah 375,400 orang, disusuli negara Mexico berjumlah 324,221 orang sementara negara Peru berjumlah 212,778 orang dan negara United Kingdom berjumlah 174,448 orang.
Dinegara Itali turut mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 163,133 orang sejak tahun 2020 sehingga hari ini, disusuli negara Sepanyol dengan angka korban serangan virus covid 19 berjumlah 159,605 orang, manakala negara Indonesia dengan mangsa kematian covid 19 berjumlah 156,199 orang.
Turut merekod terbanyak kematian serangan virus covid 19 ialah negara Perancis berjumlah 145,579 orang, dituruti negara Iran berjumlah 141,041 orang sementara negara Colombia juga merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 139,785 orang semuanya sejak tahun 2020 sehingga masa kini.
Dalam dunia berlumba lumba menggunakan vaksin sehingga 3 ke 4 kali sebagai penggalak pelbagai virus covid 19 terus membunuh dengan angka kematian di negara Jerman berjumlah 135,369 orang sejak tahun 2020 sampai kehari ini, turut mencatatkan kematian tertinggi ialah negara Argentina dengan jumlah 128,542 orang.
Ramai masyarakat dunia hairan mengapa virus covid 19 masih mampu membunuh disetiap negara maju yang majoriti telah mevaksinkan penduduknya seperti negara Poland yang kini mencatatkan kematian berjumlah 115,998 orang, negara Ukraine juga mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 108,359 orang dan negara Afrika Selatan juga turut mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 100,351 orang sejak tahun 2020 sehingga hari ini.
Mengamalkan penjarakan diri serta sentiasa memakai pelitup muka dengan menutup hidung dan mulut tiap masa berada dikhalayak ramai lebih selamat berbanding dengan mengharap dengan vaksin tetap juga negara negara maju menjadi korban covid 19 ujar masyarakat antara bangsa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak amnya memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan