Oleh. Jaitos Dumiri
Borneo Kalimantan. Amalan sihir kelulut bagi memusnahkan orang yang tidak bersalah cukup memalukan bagi orang orang kampung tempat mereka tumpangi, amalan mereka ini bukan sahaja menggunakan beras putih, darah haiwan, wang syiling malah terbaru sejenis tanah kuning putih dilekat pada rumah orang yang mereka musnahkan.
Berdasarkan maklumat Borneo Kalimantan perbuatan ini dilakukan oleh orang yang tidak memegang sebarang agama namun kini dilakukan oleh pelbagai manusia memiliki hasad dengki dengan kelebihan orang lain, harta benda, kemewahan dan kelebihan hidup jiran tetangga miliki.
Ini diakui beberapa pemilik ilmu sihir kelulut yang ditanya mengapa ramai orang melanggani ilmu tersebut pada masa kini dalam Borneo Kalimantan hari ini walaupun zaman IT berlumba lumba merebut peluang merubah corak kehidupan selaras perubahan zaman.
Pengamal Sihir Kelulut juga mengakui bukan semua orang yang boleh ditembusi ilmu tersebut walau tiap hari dibuat oleh pelaku namun hanya yang tidak mempunyai pelindung rumah dan diri yang kerap menjadi mangsa dengan pelbagai dirasa dalam tubuh mereka.
Sejak ramai hilang akhlak dalam diri mereka yang punya sikap hasad dengki, pengamal sihir kelulut dijadikan buruan dikalangan pemburu ilmu tersebut semata mata mahu memusnahkan hidup keluarga orang tidak berdosa walau berbilang agama menjadi pegangan namun langsung tiada keinsafan ujar guru ilmu sihir yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan