Ahad, 20 Februari 2022

UMNO DITEKAN SETIAP PILIHAN RAYA 

Oleh. Kuijol Hairul 

Kuala Lumpur. Menjelang pilihan raya negeri Johor pada 12 March 2022 pelbagai isu dihebahkan bagi menekan seluruh ahli dan penyokong UMNO demi kepentingan politik peribadi mereka tanpa mengambil kira kesetiaan para penyokong parti diperingkat akar umbi. 

Musuh musuh parti politik UMNO akan sentiasa mencari berita sensasi demi meraih sokongan seluruh lapisan rakyat dimana juga berada  khususnya dimana mana mengadakan pilihan raya pasti jajahan berita berita pemimpin UMNO bawa fail lah dan banyak lagi tohmahan dilemparkan. 

Pengurusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata demikian sebagai mengulas pelbagai tohmahan parti lawan  terhadap sebilangan pemimpin parti lawan  yang mahu meraih sokongan rakyat tanpa mengambil kira keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO sejak sekian lama.

Beliau juga mendedahkan ada usaha parti lawan mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO sendiri disingkirkan dari UMNO namun kekuatan jentera dan ahli ahli UMNO mempertahankan kepimpinan dan kekuatan mereka sampai hari ini dua tokoh tersebut masih lagi bersama parti tersebut. 

Kedua dua tokoh tersebut masih lagi diperlukan oleh seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia amnya walaupun mendapat tekanan berat dikalangan pemimpin parti lawan sejak beberapa minggu yang lalu.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan