Rabu, 2 Februari 2022

MAMPUKAH WARISAN RAIH SOKONGAN
Oleh. Jaitos Dumiri
DUN Sook. Masyarakat 

 Kawasan Sook menyifatkan jentera dan kepimpinan Parti Warisan Sabah bahagian Sook sedang menyusun jentera parti bagi mendekati segenap lapisan rakyat setempat, malah jentera parti terlibat menggerak pendaftaran ahli ahli dikalangan rakyat yang tergolong penyokong atas pagar dikalangan parti parti yang lain menyebabkan parti tersebut mendapat sokongan. 

Antaranya pendedahan sebilangan pemerhati politik dalam kawasan Sook yang menghubungi kru Media Terkini dekat sini hari ini bagi mendedahkan pergerakan kepimpinan parti tersebut dibeberapa kawasan Sook secara berperingkat ujar mereka. 

Kerusi Dewan Undangan Negeri Sook kini diterajui  oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dalam gabungan rakyat Sabah yang menerajui kerajaan negeri Sabah masa kini. 

Kru media terkini yang cuba menghubungi ahli  parti Warisan kawasan Sook gagal termasuklah Watsap tidak mendapat jawapan bagi mengetahui jentera sebenar parti tersebut bagi menghadapi jentera dan perjuangan menjelang pilihan raya kali ke 15 akan datang. 

Menurut beberapa penduduk kawasan DUN Sook yang dihubungi setakat berita ini ditulis Gabungan Rakyat Sabah dari PBRS masih mendapat sokongan dari warga tempatan sekitar kawasan Sook ujar mereka. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan