Oleh. Jasly Dollah
Melihat tapak kedua dua kampung ini tidak ramai dan dapat me
mbayangkan dalam jarak berjauhan terdapat kaitan penghuninya jika diselusuri nostalgia lampau namun tidak ramai tampil mendedahkan nya.
Kru Akbar Media Terkini yang berusaha menyelusuri kedua dua perkampungan tersebut dimaklumkan gambar atas ialah Kg. Kebayau Tamalang Telipok Kota Kinabalu manakala gambar bawah ialah Kg. Kumawanan Tambunan.
Sebilangan penghuni Kg. Kebayau Tamalang Telipok merupakan generasi keturunan dari kampung asal mereka Kg. Kumawanan Tambunan dalam era tahun 1940 anak dan 1950 anak dahulu, sebaliknya besar kemungkinan sejarah ini tidak disedari generasi muda Mudi warga Kg. Kumawanan Tambunan masa kini terutama golongan yang gagal mewarisi pesanan wargatua mereka.
Media Terkini juga dimaklumkan bahasa pertuturan kedua dua kampung tersebut hampir sama yang dikenali sebagai bahasa Dusun Liwan lembut dan halus didengar bagi mereka yang fasih menghayati senikata bahasa tersebut.
Melihat pemandangan kedua dua kampung tersebut sememangnya hampir ada persamaan yang memiliki anak sungai sumber kehidupan, bagi Kg. Kebayau Tamalang memiliki Sungai Kemburaon Mengkabung manakala Kg. Kumawanan terdapat Sungai Kumawanan saling penduduknya tidak terpisah dengan saliran sungai akui penduduk Kg. Kebayau Telipok yang ditemui.
Berdasarkan kisah sejarah keturunan warga Kg. Kumawanan yang dahulunya terbahagi beberapa kampung seperti, Kg. Lumolongis, Kg. Ruminantai, Kg. Watang dan terdapat lagi beberapa nama kampung lain, sebilangan penduduk mereka keluar berhijrah mencari kerja ditempat lain terdekat dengan pekan namun tidak diduga golongan berhijrah tidak lagi kembali ke Kg. Kumawanan sebaliknya mencari kampung baharu mereka didalam negeri Sabah sehingga generasi baharu masa kini.
Sesiapa yang ada kaitan dengan sejarah keturunan kekeluargaan dari generasi Kumawanan Tambunan dan Kebayau Tamalang Telipok boleh berhubung dengan Jasly Dollah Unit Suntingan Luar Media Terkini ditalian 01138554026 atau 0194827829 masa pejabat sahaja.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan