Oleh. Tedung Selar
Sabah. Rakyat negeri ini terkilan dan keciwa apabila ada orang berpakaian uniform sukarelawan sengaja menggantung pelitup muka pada bawah dagu berjalan dikhalayak ramai tanpa rasa serba-salah.
Dalam peningkatan kes masa kini melebihi 5000 orang jangkitan setiap hari masih lagi ada yang tidak peka menjaga SOP yang disarankan oleh kerajaan akibat taksub sudah mendapat vaksin penuh termasuk Boster sampai pelitup muka sangkut didahulukan serta berhimpit sesak tanpa menjarakkan diri ujar warga prihatin Sabah pada media terkini.
Sikap seumpama perlu dipandang serius kerajaan Sabah jika mahu memutuskan rantaian covid 19 yang meningkat setiap hari bukan sahaja golongan yang melanggar SOP dikhalayak ramai malah keluarga mereka yang duduk dirumah juga bakal terjangkit dengan perbuatan mereka sendiri.
Menurut pemerhati kesihatan dibeberapa negara maju, sikap masyarakat yang suka melanggar SOP dalam pengawalan penyakit berjangkit sama lah dengan cubaan menjangkitkan penyakit terlibat terhadap keluarga mereka sendiri malah mungkin boleh meragut nyawa terhadap golongan yang berisiko tinggi dan berpenyakit lain ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan