Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Akibat terlalu banyak perlanggaran SOP didalam negeri ini Covid 19 terus meningkat jangkitan nya setiap hari termasuklah golongan yang telah divaksin tetap terlibat melanggar penjarakan diri dan gagal memakai pelitup muka dengan sempurna.
Antara perlanggaran SOP yang berlaku setiap hari ialah tiada penjarakan diri dikhalayak ramai, pelitup muka gantung pada bahagian dagu dikhalayak ramai, pengangkutan Bus Mini gagal menjarakkan penumpang didalam Bus Mini mereka.
Selain dari itu kebanyakan pekerja restoran dan kedai kopi di Sabah sekadar menggantung pelitup muka dibahagian dagu setiap hari berkerja walaupun sentiasa diberi peringatan dalam penyiaran berita namun golongan terlibat langsung tidak mematuhinya lapor masyarakat prihatin yang menghubungi kru Media Terkini hari ini.
Sesetengah masyarakat mendakwa, golongan melanggar SOP terlibat sememangnya degil berikutan mereka tidak mahu mendengar apa juga teguran orang ramai bagi penjarakan diri serta pemakaian pelitup muka lengkap namun u mereka sanggup menengking orang memberi teguran tegas orang ramai yang kerap menjadi mangsa.
Sebagai usaha memutuskan rantaian penularan virus Covid 19 gerakan memantau diseluruh Sabah wajar dipertingkatkan setiap masa agar golongan degil ini dapat dididik menerusi perundangan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan