Rabu, 23 Februari 2022

MASAALAH DIDEPAN MATA SIAPA HENDAK MENGADU 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Tindakan sebilangan pemandu Bus mini membanjiri semua perhentian Bus cara berbaris menutup laluan kenderaan lain sangat mengelirukan semua pengguna perhentian Bus sejak beberapa tahun yang lalu seolah olah perhentian Bus terlibat milik mereka sendiri. 

Kebanyakan perhentian Bus dinegeri Sabah dilaporkan menjadi kawalan bus mini sahaja dengan memasang juru kempen disetiap perhentian Bus mini agar kenderaan lain tidak boleh menggunakan perhentian terlibat setiap masa.  

Menurut pengguna perhentian Bus yang menemui kru media terkini, mereka terkilan ada kumpulan pemandu Bus mini menjadi hero menghalang bus bus lain mengambil penumpang selagi kumpulan samseng perhentian Bus mini terlibat belum penuh dengan penumpang setiap hari.

Malah ada samseng perhentian Bus mini di Sabah sanggup cari gaduh jika ada yang menegur mereka agar tidak menjadi samseng perhentian Bus sepanjang masa ujar orang ramai. 

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah perlu turun padang bagi bertindak sebelum timbul pergaduhan Sirius disetiap perhentian Bus atau (Bus Stop) dimasa akan datang khususnya pantai barat Kota Kinabalu ujar orang ramai. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan